DEVOTED: Kisah pengorbanan seorang wanita

Kesetiaan adalah sebuah kunci dalam setiap perhubungan. Kesetiaan juga memerlukan satu pengorbanan yang besar demi menyelamatkan sesuatu perhubungan. Begitulah yang terjadi kepada Eva didalam drama Devoted hasil karya Tony Pietra.

 

Devoted mengisahkan seorang wanita bekerjaya sebagai seorang peguam iaitu Eva lakonan Iman Corrine. Eva sentiasa sibuk selepas suaminya Rizal lakonan Aqasha diberhentikan kerja. Eva sangat komited dengan kerjayanya.

Sehinggalah pada suatu hari Eva pulang dari bekerja luar kawasan untuk beberapa hari. Kepulangan Eva dirumah melihatkan bahawa suami dan anaknya tiada dirumah. Eva cuba menelefon kenalan dan keluarga untuk bertanya keberadaan mereka berdua.

Setelah beberapa jam suami dan anak Eva masih tiada khabar berita. Eva pergi kebalai polis untuk membuat laporan kehilangan. Ketika pegawai polis menyoal Eva tentang hubungan Eva dan suaminya Rizal. Ketika itu Eva teringat kembali bahawa Eva sering bertengkar tentang pelbagai perkara lebih-lebih lagi tentang tanggungjawab Rizal sebagai suami dan bapa yang perlu mencari nafkah. Walaupun Rizal duduk dirumah, dia tidak membantu Eva dalam melakukan kerja-kerja rumah dan disebabkan itu mereka sering bergaduh.

Dalam misi mencari suami dan anaknya, Eva telah menemui satu seminar dimana suaminya pernah sertai. Pada mulanya seminar itu bertujuan memberikan semangat untuk mereka yng baru kehilangan kerja dan untuk mereka yang menukar kerjaya. Di seminar Eva berjumpa dengan Musa lakonan Faizal Hussein. Musa adalah rakan lama Eva. Musa adalah bekas seorang pegawai polis tetapi telah berhenti menjadi salah seorang daripada mereka.

Seminar yang di jalankan itu dianjurkan oleh satu organisasi yanng dikenali sebagai Nusantopia. Seminar tersebut dikendalikan oleh Iskandar lakonan Sharnaazz Ahmad. Semakin lama Eva bersama kumpulan ini, dia merasakan kumpulan ini semakin pelik dimana matlamat kumpulan ini adalah mewujudkan tempat yang boleh melindungi mereka dari dunia moden dan membina masyarakat baharu. Matlamat itu menetapkan bahawa lelaki dan perempuan perlu melakukan tugas mereka yang sepatutnya tanpa melampaui batas dan berdasarkan nilai komunal.

Disisi lain seorang pegawi polis dan rakan forensiknya sedang menyiasat tentang beberapa kemalangan yang berlaku. Semua kemalangan kelihatan seperti kemalangan biasa sehingga siasatan lanjut telah dilakukan. Semua kemalangan yang berlaku menjurus kepada organisasi yang dikenali sebagai Nusantopia.

Apakah yang berlaku didalam Organisasi Nusantopia sebenarnya? Dapatkah Eva menyelamatkan keluarganya? Anda boleh menonton Devoted sebanyak 10 episod hanya di Viu.

 

Tonton Sekarang

By |2022-02-14T11:06:24+07:00February 13th, 2022|Drama, Drama Melayu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment