Hilang Merupakan Siri Viu Original Penuh Misteri

Pada bulan November 2022 ini platform striming Viu telah muncul dengan siri Viu Original terbaru iaitu Hilang. Drama bersiri sebanyak 10 episod ini mula bersiaran pada 17 November 2022. Episod baru akan dilepaskan setiap hari khamis dengan dua episod sekaligus. Hilang yang sedang on going kini diarahkan bersama oleh dua orang pengarah berbakat iaitu Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi. Siri Viu Original terbaru ini membawa genre yang amat menarik iaitu misteri dan thriller. 

 

Berikut adalah antara pelakon-pelakon yang membintangi Hilang

 

  • Khir Rahman melakonkan watak sebagai Munir.
  • Siti Saleha melakonkan watak sebagai Wangi.
  • Aqasha melakonkan watak sebagai Yusof.
  • Jasmine Suraya melakonkan watak sebagai Cay.
  • Azhar Sulaiman melakonkan watak sebagai Dato Jamil.
  • Farah Ahmad melakonkan watak sebagai Azura.
  • Radhi Khalid melakonkan watak sebagai Tuan Ghaffar. 
  • Roshdeen Suboh melakonkan watak sebagai Pak Akob.
  • Farid Amirul melakonkan watak sebagai Dato Steven. 
  • Taqim Zaki melakonkan watak sebagai Kamil. 
  • Aloeng Silalahi melakonkan watak sebagai Pak Taib.
  • Mimi Ernida melakonkan watak sebagai Cikgu Laila. 
  • Akmal Ahmad melakonkan watak sebagai Cikgu Rasyid.
  • Bibiana Anthony melakonkan watak sebagai Mageswary.
  • Ellyza Azizi melakonkan watak sebagai Hazirah.
  • Syed Irfan melakonkan watak sebagai Haikal.
  • Rayyan Ho melakonkan watak sebagai Musa.
  • Bavishan melakonkan watak sebagai Ramesh. 



Sinopsis Hilang:

 

Hilang bermula dengan penuh misteri dan gelap. Sebuah busut dijadikan objek yang berpusar sebagai tanda tanya. Munir (Khir Rahman) merupakan seorang inspektor baru di kampung itu, kampung yang sudah lama dia tinggalkan. Munir kembali ke kampung itu untuk menyiasat kematian seorang gadis di sebuah tanah perkuburan.

Segalanya bertambah kompleks apabila Munir berjumpa dengan Yusof (Aqasha). Keduanya Munir dan Yusof mempunyai sejarah lampau bersama. Sebuah sejarah yang membawa mereka ke arah satu persengketaan yang sukar dijelaskan. munir terus menerus melakukan siasatan dengan pembantunya manakala Yusof mula mengorak langkah untuk menemui kembali orang-orang yang dirindukan. Yusof adalah anak muda yang telah 10 tahun meninggalkan kampung kerana membawa diri ke Mesir akibat tidak sebulu dengan cara bapanya merawat orang kampung secara mistik. Dia beranggapan bapanya adalah sesat.

Satu kejadian menggemparkan penduduk kampung, seorang kanak-kanak hilang di dalam hutan sewaktu acara merentas desa. Lebih mengejutkan apabila Yusof dituduh sebagai suspek utama. Permusuhan Yusof dan Munir menyukarkan lagi penyiasatan. Yusof ternyata mempunyai kelebihan untuk mendapat visi tentang setiap perkara yang terjadi. Mungkinkah Yusof dan Munir akan bergabung untuk mencari kanak-kanak yang hilang tersebut?

Tonton Sekarang

 

By |2022-11-23T10:49:44+07:00November 23rd, 2022|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment