Immortal Samsara Recap Episod Minggu 1 dan 2

Immortal Samsara adalah senaskah drama dongeng fantasi Wuxia yang cukup indah dan menarik mengisahkan kehidupan abadi, peperangan dan ujian cinta terlarang diantara para Dewa, Dewi, Syaitan dan Roh di Alam Fana serta Duniawi.

 

Dibintangi oleh Yang Zi, Cheng Yi, Ray Chang, Meng Ziyi dan ramai lagi. Drama ini mengandungi 38 epsiod dan ditayangkan setiap hari Isnin-Khamis di aplikasi Viu Malaysia.

 

Ringkasan Episod Minggu Pertama dan Kedua

500 tahun dahulu, 6 alam fana telah berkumpul di Kolam Jade Celestial untuk meraihkan kelahiran Yan Dan (Yang Zi) dan kakak kembarnya Zhi Xi (Meng Ziyi) dari klan pari-pari keturunan terakhir Teratai Daun Empat dan dipercayai mempunyai kuasa penyembuh sakti kerana dilahirkan secara kembar. Namun puak syaitan cuba mencuri Teratai Daun Empat tersebut dan berjaya dihalang Tuan Berdaulat Dewa Ying Yuan (Cheng Yi).

 

500 tahun kemudian, Yan Dan dan Zhi Xi akhirnya membesar sebagai pari-pari syurga yang sangat cantik dan mereka berdua memiliki kelebihan dan kekurangan dan cuba untuk saling melengkapi. Yan Dan sebagai adik berwatakkan ceria, lasak, bijak dan suka menulis skrip cerita dongeng di perpustakaan Pavillion. Manakala Zhi Xi lebih lemah lembut dan agak lemah dalam melakukan apa juga tugasan sehingga Zhi Xi mudah dibuli oleh pari-pari lain. Namun Zhi Xi cuba sedaya upaya untuk menjadi pari-pari syurga yang dihormati dan dapat meningkatkan keabadiannya.

 

 

Kerana Yan Dan seorang yang bijak dan petah bercakap, Dewa Ying Yuan telah mengambil Yan Dan untuk dijadikan sebagai orang suruhan di kediamannya dan melatih Yan Dan untuk agar Yan Dan dapat menggunakan kuasa yang dimilikinya dengan cara yang sepatutnya.

 

Lama-kelamaan, Yan Dan mula menaruh perasan terhadap Ying Yuan begitu juga Ying Yuan tetapi kerana peraturan syurga yang dewa dewi tidak dibenarkan bercinta dan mempunyai perasaan satu sama lain, Ying Yuan sedaya upaya menyembunyikan dan membuang perasaan kasih itu.

 

Dalam diam, kakak Yan Dan iaitu Zhi Xi menaruh perasaan cemburu terhadap Yan Dan kerana dia sedar Yan Dan lebih menonjol dan jauh lebih bijak dari dia. Zhi Xi yang juga agak naif dan lemah kemudian digunakan oleh Ketua Pari-Pari Ying Deng (Vicki Xu) untuk menjatuhkan Yan Dan memandangkan Ying Deng juga mempunyai perasaan terhadap Ying Yuan.

 

Yu Mo (Ray Chang) menjadi sahabat baik kepada Yan Dan. Sikap dan layanan baik yang Yan Dan tunjukkan kepada Yu Mo membuatkan Yu Mo rasa terharu dan Yu Mo sanggup berbuat apa sahaja demi Yan Dan.

 

 

Xuan Xiang dari dunia syaitan klan Xuoluo mahu memusnahkan dunia dan cuba dihalang oleh Ying Yuan yang kemudiannya cedera parah akibat terkena racun api. Penglihatannya juga menjadi cacat dan hampir mustahil untuk disembuhkan kerana tiada penawar untuk racun itu.

 

Akhirnya Yan Dan menemukan penawar untuk Ying Yuan iaitu Jantung Yan Dan, kerana Yan Dan adalah keturunan daripada Klan Bunga Teratai Berdaun Empat dan Yan Dan telah menyerahkan sebahagian dari jantungnya untuk menyelamatkan Ying Yuan.

 

Setakat ini sahaja perkongsian episod untuk minggu pertama dan kedua. Pastikan anda semua tidak ketinggalan untuk menonton drama ini di aplikasi Viu Malaysia.

 

By |2022-08-09T11:11:38+07:00August 9th, 2022|Drama, Drama Cina, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment