Kill Heel Menerima Rating Tayangan Tertinggi

Artikel ini mengandungi Spoiler!

 

Kill Heel akhirnya menuntup tirai dramanya pada 21 April lepas dengan pencapaian rating penonton yang cukup memberangsangkan! Bermula dengan 4.3% pada episod pertama dan 4.7% bagi episod akhirnya dan ini menjadikan Kill Heel menjadi tayangan yang paling banyak ditonton di semua saluran televisyen sepanjang tayangannya.

 

 

Seperti yang telah dimaklumkan pada artikel sebelum ini, Kill Heel merupakan sebuah drama yang mengfokuskan kepada 3 wanita hebat yang bersaing sesama sendiri demi untuk mencapai tujuan masing-masing. Dan untuk mencapainya, mereka harus mempertaruhkan ego, emosi malah maruah sendiri.

 

Untuk episod terakhir, Mo Ran akhirnya dapat bersemadi dengan tenang walaupun pada hayatnya hidupnya penuh rasa bersalah dan penyesalan.

 

Walaupun demikian, Ok Sun lah yang harus menghadapi penyesalan terbesar kerana telah bersangka buruk terhadap Mo Ran selama ini dan semuanya telah terlambat untuknya kerana Mo Ran telah meninggalkannya selama-lamanya.

 

Jodoh antara Woo Hyun dan CEO Hyun Wook juga tidak kesampaian apabila Woo Hyun menolak lamaran CEO Hyun Wook dan memilih untuk meneruskan kariernya di UNI Home Shopping.

 

Dan pelaku sebenar yang menyebabkan kematian bekas kekasih CEO Hyun Wook juga ditangkap, CEO Hyun Wook akhirnya menemui ketenangannya dan meninggalkan dunia korporat yang dipegangnya selama ini.

 

Apakah pengakhiran bagi Woo Hyun dan Ok Sun setelah itu? Dan siapa pula yang menggantikan dan mengambil alih UNI Home Shopping?

 

 

Bagi yang masih belum lagi menyaksikan drama ini, anda boleh menonton secara striming kesemua 14 episod di saluran aplikasi Viu Malaysia. Pastikan anda telah memuat naik aplikasi Viu dan daftar sebagai Ahli Premium agar dapat akses penuh menikmati semua rancangan yang tersedia di Viu Malaysia.

By |2022-04-25T23:03:16+07:00April 25th, 2022|Drama, Drama Korea, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment