Mengenali 3 Wanita Hebat Dalam Drama Korea Terbaru “Kill Heel”.

Para penggemar drama Kill Heel pasti telah mengikuti artikel sebelum ini yang memfokuskan tentang sinopsis drama dan barisan para pelakonnya. Kini kita boleh berkenalan lebih dekat dengan 3 pelakon utama yang membintangi drama tersebut.

 

 

1. Kim Ha-neul

Kim Ha-neul lahir pada 21 Februari 1978 merupakan seorang pelakon Korea Selatan. Selepas memulakan kerjayanya sebagai model, popularitinya mula dikenali dengan membintangi filem komedi romantik “My Tutor Friend (2003)”, “Too Beautiful to Lie (2004) dan filem komedi aksi “My Girlfriend Is an Agent (2009)”. Pada 2011, Kim memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Grand Bell ke-48 dan Anugerah Filem Blue Dragon ke-32 untuk persembahannya dalam filem thriller bersiri “Blind”.

 

Selain filem, dia juga berlakon dalam beberapa drama bersiri “Romance (2002)”, “A Gentleman’s Dignity (2012)”, “On Air (2008)”, “On the Way to the Airport (2016)” dan “18 Again (2020)”.

 

Dalam drama Korea Kill Heel, Kim Ha-neul memegang watak sebagai Woo-hyun, seorang hos rancangan membeli belah dari rumah UNI Home Shopping yang sedang berhadapan saat-saat sukar dengan kerjaya dan keluarganya. Di masa lalu, Woo-hyun sangat popular dikalangan pengikutnya. Namun setahun yang lalu, populariti dan prestasinya merundum disebabkan masalah keluarga yang dialaminya.

 

2. Kim Sung-ryung

Kim Sung-ryung, lahir 8 Februari 1967 memulakan karier sebagai pelakon di Korea Selatan selepas memenangi pertandingan ratu cantik Miss Korea pada tahun 1988 (dia kemudiannya mewakili negaranya di pertandingan Miss Universe pada 1989). Kim memulakan kerjayanya sebagai wartawan di program berita showbiz Entertainment Weekly KBS.

 

Pada tahun 1991, dia membuat debut berlakon dalam filem “Who Saw the Dragon’s Claws?”. Dia juga pernah membintangi beberapa filem lain sebagai watak pembantu dalam Shadows in the Palace, Rainbow Eyes, The Client (2011), Mr. XXX-Kisser (2012), The Fatal Encounter (2014), The Target (2014).

 

Ketika usianya mencecah empat puluhan, Kim mula terlibat dengan aktif berlakon drama bermula dengan You’re Beautiful (2009), The Chaser (2012), Yawang (2013), The Heirs (2013) dan Flower of Queen (2015).

 

Dalam drama Kill Heel, Kim Sung-ryung membawa watak sebagai Ok-sun. Selain Ha-neul, Ok-sun juga merupakan seorang hos rancangan membeli belah dari rumah bersama jenama-jenama pakaian yang ternama di UNI Home Shopping.

 

Pada awalnya dia merupakan pesaing Woo-hyun dan dia sangat disegani oleh rakan-rakan sekerjanya kerana setiap barangan yang dia hos dan jual pasti terjual habis.

 

Sebagai seorang isteri dan ibu, Ok-sun memiliki kehidupan yang nampak sempurna. Suaminya seorang ahli politik yang sedang berkempen untuk pilihanraya dan Ok-sun juga mempunyai seorang anak lelaki remaja yang masih belajar. Namun, disebalik kehangatan rumahtangga yang dimilikinya, ternyata ada sesuatu yang Ok-sun sedang sembunyikan.

 

3. Lee Hye-young

Lee Hye-young, lahir pada 25 November 1962 juga merupakan seorang pelakon dari Korea Selatan. Dia adalah anak perempuan pengarah filem terkenal Lee Man-hee, yang telah meninggal dunia pada tahun 1975.

 

Lee memulakan kerjaya lakonannya pada 1981 pada usia 17 tahun menerusi penerbitan teater muzikal tempatan “The Sound of Music”. Sejak itu dia telah membuat persembahan dalam teater, filem cereka pendek dan televisyen. Pada tahun 80-an, Lee cukup terkenal dengan populariti sebagai seorang pelakon yang serba boleh dan telah membintangi filem seperti The Blazing Sun (1985), Winter Wanderer (1986), Ticket (1986), The Age of Success (1988), Partisan Korea Utara di Selatan Korea (1990), Fly High Run Far (1991), Passage to Buddha (1993), dan No Blood No Tears (2002). Selain itu, Lee juga membintangi beberapa drama sebagai watak pembantu dalam I’m Sorry, I Love You (2004), Fashion 70’s (2005) dan Boys Over Flowers (2009).

 

Ketika Lee Hye-young dihubungi yang dia akan membintangi drama Kill Heel, Lee agak ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana kecederaan di pergelangan kaki dan pinggulnya masih belum sembuh sepenuhnya. Namun, itu tidak menghalang Lee dari meneruskan lakonannya kerana pihak produksi sentiasa ada untuk membantu dan menyokongnya dan sanggup menunggu Lee benar-benar sembuh dari sakitnya.

 

Dalam drama ini Lee berlakon sebagai Mo-ran, seorang wanita koporat yang bercita-cita tinggi dan tidak akan sekali-kali membiarkan orang lain memandang rendah terhadapnya. Dia memulakan kerjayanya di UNI Home Shopping sebagai seorang pekerja bawahan sehinggalah dia mampu berdiri dengan bangganya apabila kini dia merupakan seorang CFO.

 

 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti drama Kill Heel ini setiap hari Rabu dan Khamis dan pastikan anda juga telah mengaktifkan Viu Premium agar dapat akses penuh untuk menikmati drama ini yang lengkap dengan alih bahasa, kualiti HD dan bebas iklan.

 

 

By |2022-03-26T10:48:12+07:00March 14th, 2022|Drama, Drama Korea, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment