Rating Drama “Why Her?” Meningkat!

Rating drama Korea terbaru “Why Her?” semakin meningkat dan menerima purata kenaikkan sebanyak 6.5% di seluruh negara sejak penayangannya pada 3 Jun baru-baru ini! (Sumber: Nielsen Korea).

 

 

Drama percintaan yang disulami dengan kisah misteri antara hubungan yang dibintangi Seo Hyun Jin dan Hwang In Yeop mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan selepas masuk ke episod kedua pada 4 Jun.

 

Secara langsung, membuatkan drama “Why Her?” ini menjadi salah satu drama hebat yang para penonton pasti tidak ingin lepaskan kerana plotnya dari episod ke episod menyimpan pelbagai misteri dan persoalan.

 

Apa yang penonton perlu tahu, “Why Her” bukan sahaja menyajikan kisah cinta misteri antara 2 pelakon utama itu tetapi ia juga digabungkan dengan plot-plot dan kisah jenayah politik, perjuangan para peguam yang jujur menentang peguam yang korup serta sistem perundangan yang tidak dijalankan dengan adil.

 

Fokus watak utama “Why Her” adalah Oh Soo Jae (lakonan Seo Hyun Jin) yang merupakan dari seorang peguam bela amatur yang tidak mempunyai pelajaran tinggi sehingga dia dapat mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam wanita termuda yang terbaik di Korea.

 

Di saat dia sedang mendongak ke langit dek kejayaan dia yang bakal dijadikan sebagai rakan kongsi di firma guaman terkemuka di Korea, TK Law Firm, satu insiden misteri yang berada diluar jangkaannya telah menyebabkan dia dilucutkan dari menjadi rakan kongsi di TK Law Firm dan dia dipindahkan ke Universiti Undang-Undang menjadi salah seorang tenaga pengajar di sana.

 

Bermula di Universiti inilah Oh Soo Jae berjumpa semula dengan Gong Chan (lakonan Hwang In Yeop) yang juga merupakan salah seorang pelajar undang-undang di situ.

 

 

Apa kaitannya antara Oh Soo Jae dan Gong Chan dalam drama hebat “Why Her?” ini? Nantikan artikel akan datang bagi ulasan episod 1 dan 2 hanya di Viu Malaysia.

By |2022-06-05T10:29:55+07:00June 5th, 2022|Drama, Drama Korea, Highlight VIU Shows, News, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment