Rating Tinggi Minggu Pertama Poong, The Joseon Psychiatrist

Baharu sahaja ditayangkan pada 2 Ogos baru-baru ini, siri perubatan Korea Selaatan bergenre sugeok “Poong, The Joseon Psychiatrist” telah menerima peningkatan rating yang sangat memberangsangkan untuk 2 episod pertamanya!

 

Menurut sumber dari Nielsen Korea, tayangan”Poong, The Joseon Psychiatrist” pada 2 Ogos mendapat peningkatana purata seluruh Korea sebanyak 5.1 peratus, iaitu peningkatan daripada skor tayangan perdana malam sebelumnya sebanyak 3.864 peratus.

 

“Poong, The Joseon Psychiatrist” mengisahkan tentang Yoo Se Poong (Kim Min Jae), seorang doktor perubatan akupuntur di istana diraja yang terkenal kemudian telah diusir dari selepas terperangkap di dalam konspirasi membunuh raja mereka setelah raja menerima rawatan dari Se-poong.

 

 

Dalam siri ini, Yoo Se-poong digambarkan sebagai seorang lelaki yang mempunyai pakej penuh. Ini kerana dia membawakan watak sebagai seorang pelajar perubatan yang sangat berbakat dan genius di Universiti Sungkyunkwan sehingga mendapat penghormatan dari raja sebagai ahli akupuntur terbaik yang mereka pernah ada.

 

Selain ketampanan yang dimiliki Se-poong, dia juga merupakan anak bangsawan dari seorang menteri yang berpengaruh. Namun nasib Se-poong tidak baik apabila kejayaan yang dimilikinya menjadi kebencian sesetengah menteri di dalam Istana, dia dituduh dalam konspirasi kerajaan membunuh raja dan ini telah menghancurkan reputasi dan kehidupan Se-poong.

 

Setelah kemangkatan raja, Se-poong dikurung dan sepatutnya dijatuhkan hukuman mati namun pengganti takhta raja baru membuat keputusan untuk tidak menghukumnya tetapi Se-poong harus dihalau dan diasingkan dari ibu kota. Kerana trauma dan berasa putus asa dengan kejadian hitam itu, Se-poong cuba membunuh diri namun sempat diselamatkan dari lemas dalam air oleh seorang balu yang cantik bernama Seo Eun-woo (Kim Hyang-gi).

 

Tidak berapa lama kemudian, Se-poong mula bergandingan dan bekerjasama untuk membantu Seo Eun-woo yang juga merupakan pakar perubatan dalam merawat hati dan jantung manusia di kampung yang misteri dan cantik bernama Gyesu. Di kampung ini juga mereka bertemu dengan Gye Ji-han (Kim Sang-kyung) pemilik Klinik Gyesu yang akhirnya menjadi guru kepada Se-poong.

 

 

Walaupun Se-poong masih dihantui trauma kejadian lepas sehingga menyebabkan dia tidak lagi ingin melakukan rawatan akupuntur kerana bimbang kejadian sama akan berulang, dengan bantuan gurunya dan Eun-woo, perlahan-lahan Se-poong dapat mengatasi traumanya dan membantu merawat serta mengubati bagi yang memerlukan.

 

Agaknya apakah kesudahan kisah “Poong, the Joseon Psychiatrist” ini nanti? Pastinya sangat menarik untuk dinikmati kerana ia bukan sahaja mengfokuskan tentang sejarah perubatan di era Joseon tetapi juga jenayah konspirasi yang berlaku dalam kerajaaan.

 

 

 

 

By |2022-08-06T06:58:33+07:00August 6th, 2022|Drama, Drama Korea, News, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment