Sinopsis Catch the Ghost

Platform striming Viu menyajikan pebagai drama bersiri menarik dari bermacam negara. Antara drama bersiri paling popular adalah produk keluaran dari Korea Selatan. Kdrama ternyata mendapat tempat di hati ramai penonton. Catch the Ghost merupakan salah sebuah drama bersiri Korea Selatan yang boleh ditonton di Viu Malaysia. Catch the Ghost mengandungi 16 episod semuanya dengan durasi tayangan untuk setiap episod adalah 70 minit. Drama bersiri ini diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Sin Yoon-seob. 

 

Pelakon-pelakon yang membintangi Catch the Ghost adalah: 

 

  • Moon Geun-young membawa watak sebagai Yoo Ryeong. 
  • Kim Seon-ho membawa watak sebagai Go Ji-seok.
  • Jo Jae-yoon membawa watak sebagai Lee Ma-jin.
  • Ahn Seung-gyun membawa watak sebagai Kang Soo-ho.
  • Jung Yoo-jin membawa watak sebagai Ha Ma-ri.
  • Ki Do-hoon membawa watak sebagai Kim Woo-hyeok.
  • Lee Jun-hyeok membawa watak sebagai Ketua Gong. 

 

Drama bersiri Catch the Ghost ini merupakan sebuah siri bergenre jenayah, drama dan komedi. Pastinya para penonton yang menonton siri ini akan terikat di kerusi kerana jalan ceritanya yang amat menarik dan mendebarkan.

Catch the Ghost berkisar mengenai seorang gadis yang berusaha untuk menjadi polis keretapi bawah tanah. Yoo Ryeong (Moon Geun-young) berusaha keras untuk menyertai pasukan polis keretapi bawah tanah kerana dia ingin menyiasat tentang satu tragedi yang telah menimpa adik perempuannya. Pada masa yang sama, pekannya digemparkan dengan kewujudan ‘hantu keretapi bawah tanah’ yang ternyata telah membunuh ramai mangsa. Yoo Ryeong mengesyaki adiknya telah menjadi mangsa pembunuh bersiri yang digelar hantu tersebut. Yoo Ryeong berjaya memasuki pasukan polis keretapi bawah tanah dengan bersusah payah. Pegawai muda itu kini bekerja satu pasukan dengan Go Ji-seok (Kim Seon-ho).

By |2022-08-03T22:44:47+07:00August 3rd, 2022|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment