Sinopsis He is Psychometric

Drama bersiri dengan genre fantasi, thriller, jenayah dan romantik-komedi He Is Psychometric sememangnya menjadi fenomena pada tahun 2019. Ajaibnya drama siri dari Korea Selatan ini masih digemari oleh peminat-peminat Kdrama serata dunia. Drama bersiri ini mula ditayangkan pada tahun 2019 dan mengandungi 16 episod sahaja. Siri yang mengenengahkan jalan cerita yang luar biasa hebat ini diarahkan oleh pengarah drama tersohor iaitu Kim Byung-soo. Kebolehan psikometrik ditonjolkan dan dijadikan tema dalam penceritaan, sesuatu yang lain dari lain pastinya memberi kepuasan menonton kepada pada penonton. 

 

Antara pelakon yang membintangi He is Psychometric adalah: 

 

  • Park Jin-young melakonkan watak sebagai Lee Ahn.
  • Shin Ye-eun membawa watak sebagai Yoon Jae-in.
  • Kim Kwon membawa watak sebagai Kang Sung-mo.
  • Kim Da-som membawa watak sebagai Eun Jin-soo.
  • Lee Jong-hyuk membawa watak sebagi Lee jeong-rok.
  • Jeon Mi-seon membawa watak sebagai Kang Eun-jo.
  • Noh Jong-hyun membawa watak sebagai Lee Dae-bong.
  • Go Yoon-jung membawa watak sebagai Kim So-hyun.
  • Kim Ji-sung membawa watak sebagai Ji-sung. 

 

He is Psychometric adalah kisah mengenai seorang jejaka yang memiliki kuasa psikometrik. Kebolehan psikometrik adalah kebolehan untuk membaca perkara yang berlaku apabila menyentuh sesuatu objek atau manusia itu sendiri. Lee Ahn (Park Jin-young) mendapat kuasa luar biasa psikometrik apabila dia kehilangan kedua ibu bapanya akibat sebuah kebakaran yang ngeri. 

Lee Ahn membuat keputusan untuk menggunakan kebolehannya itu bagi melawan penjenayah. Dia cuba sedaya upaya mencari dan menangkap penjenayah dengan menyentuh mayat mangsa dan barang-barang di tempat kejadian. Lee Ahn yang belum mampu mengawal kuasanya telah membentuk satu pasukan dengan seorang gadis bernama Yoo Jae-in (Shin Ye-eun), bapa angkatnya pendakwa raya Kang Sung-mo (Kim Kwon), dan seorang penyiasat iaitu Eun Ji-soo (Kim Da-som). 

Mereka membentuk pasukan untuk menyiasat sebuah kes yang telah lama menghantui hidup mereka semua. Kesemua mereka mempunyai hubung kait, pasukan mereka bakal merungkai rahsia yang telah lama tersimpan.

By |2022-08-06T06:22:43+07:00August 6th, 2022|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment