Sinopsis Taxi Driver

Taxi Driver merupakan drama bersiri thriller dari Korea Selatan yang pasti membuatkan jantung para penonton berdegup kencang. Drama siri thriller ini diarahkan oleh pengarah Park Joon-woo. Lee Je-hoon membuat kemunculan semula menerusi Taxi Driver setelah lama tidak muncul di kaca TV. Lakonan terakhirnya sebelum Taxi Driver adalah Hot Stove League (2019). Drama bersiri 16 episod ini dibikin berdasarkan sebuah webtoon yang bertajuk The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae-jin. Siri ini juga merupakan inspirasi dari kisah sebenar jenayah-jenayah jahat dan kejam yang pernah berlaku di Korea Selatan. Siri drama ini mendapat sambutan yang sangat hangat serta kritikan yang sangat membina dan memberangsangkan setiap kali ditayangkan. 

 

Antara pelakon-pelakon yang membintangi Taxi Driver adalah: 

 

  • Lee Je-hoon membawa watak sebagai Kim Do-gi.
  • Kim Eui-sung membawa watak sebagai Jang Sung-chul.
  • Pyo Ye-jin membawa watak sebagai Ahn Go-eun.
  • Esom membawa watak sebagai Kang Ha-na.
  • Jang Hyuk-jin membawa watak sebagai Choi Kyung-goo.
  • Shin Jae-ha membawa watak sebagai On Ha-jun.
  • Yoon Do-hyun membawa watak sebagai Yoon.
  • Park Jin-hee membawa watak sebagai Do Joong-won.

 

Taxi Driver berkisar tentang kisah Kim Do-gi (Lee Je-hoon) yang membalas dendam dengan cara menjadi pemandu teksi di sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembunuh upahan untuk mendapatkan keadilan. Sesiapa sahaja yang tidak mendapat keadilan yang sepatutnya akan mendapat ketenangan dan kebenaran apabila dendam mereka dibalas oleh pemandu teksi ini.

 

Kim Do-gi merupakan bekas kadet Angkatan Tentera Korea Selatan, ibunya dibunuh sewaktu dia masih muda. Sukar untuk dia membalas dendam kematian ibunya, jadi dia membuat keputusan untuk menyertai kesatuan teksi yang bakal memberinya peluang untuk melunaskan dendam orang lain.

By |2022-08-06T06:45:15+07:00August 6th, 2022|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment