Sinopsis Viu Original Remember 15

Viu Malaysia bakal muncul dengan Siri Original terbaru iaitu Remember 15. Siri drama dari negara Thailand ini mengandungi 12 episod keseluruhannya dan bakal ditayangkan di platform striming Viu di Malaysia dan di 15 negara lain tidak lama lagi. Drama bersiri ini membawa genre misteri, thriller, survival dan seram. Sebuah kisah penuh tanda tanya yang melibatkan sekumpulan anak-anak muda. 

Sinopsis :

Sekumpulan dua belas orang remaja memberi penghormatan dan memperingati kematian sahabat mereka iaitu Lyla. Pada hari upacara kematian Lyla yang ke lima, sahabat-sahabat dua belas itu beramai-ramai berkumpul untuk mengenang gadis malang tersebut. Lyla kurang bernasib baik apabila menemui ajal akibat lemas sewaktu mereka semua berusia 15 tahun, ketika itu Lyla dan sahabat-sahabatnya terlibat dengan aktiviti perkhemahan di sebuah pulau. 

Sungguh misteri apabila dua belas orang sahabat ini menerima kiriman pesanan dari Lyla yang sudah meninggal lima tahun yang lalu. Mereka semua kehairanan, namun mereka membuat keputusan untuk pergi ke pulau tempat Lyla meninggal dunia untuk memberi penghormatan kepadanya dan juga untuk menyiasat siapakah yang telah mengirim pesanan atas nama Lyla. Mereka menganggap itu adalah sebuah gurauan yang menyentak jiwa mereka semua.

Siri Original Viu ini ternyata menarik apabila plot berubah menjadi lebih gelap dan kejam. Semakin hampir para sahabat itu terhadap kebenaran, pembunuhan demi pembunuhan berlaku dan sekaligus merubah pulau itu menjadi gelanggang pertumpahan darah. Kini mereka semua mesti mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari pembunuh bersiri yang kian mengganas dengan dendam dan benci. 

Berikut merupakan para para pelakon untuk drama bersiri  Thailand Remember 15 :

  • Ray Venita Loywattanakul sebagai Lyla
  • Kaimuk Nilawan Iamchuasawad sebagai Gel
  • Tommy Sittichok Pueakpoolpol sebagai Ken
  • Zee Pruk Panich sebagai P’Biew
  • Jimmy Karn Kritsanaphan sebagai Plato
  • Ace Chitsanupong Sakunnanthiphat sebagai Dan
  • Pure Purewarin Kosiriwalanon sebagai Mind
  • Title Tanatorn Saenangkanikorn sebagai Bozo
  • Nut Theerarat Wongchuen sebagai Sona
  • Boss Daranpope Charmpoonod sebagai Max
  • Pinomyim Thanchanok Pakarat sebagai Fone
  • Sairung Prapakon Chairak sebagai Lily
  • Noon sebagai Ness

 

Tonton Sekarang

By |2022-03-10T15:05:26+07:00February 22nd, 2022|Drama, Drama Thailand, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment