Viu Lokal Lah! 2023 Live Showcase

Bagi meneruskan lagi kempen sapot lokal sempena bulan kemerdekaan ini, Viu tidak hanya menampilkan konten siri dan filem lokal yang berkualiti malah satu acara gilang gemilang akan diadakan pada 31 Ogos Ini bertempat di Gate Plaza, LaLaport BBCC!

 

Sebuah acara yang dibawakan khas oleh Vivo Y78 5G, Viu Lokal Lah! 2023 Live Showcase merupakan sebuah acara bertujuan untuk menghargai dan meraikan bakat-bakat tempatan termasuklah pelakon, pengarah dan juga penerbit serta semua konten lokal yang terdapat di dalam platform streaming Viu.

 

Acara ini bakal dipenuhi pelbagai aktiviti menarik bermula jam 4 petang dan terdapat juga Live Showcase pada jam 8 malam.

 

Persembahan artis-artis istimewa dan penampilan khas bintang-bintang Viu buat peminat tempatan yang akan disertai oleh barisan pelakon yang akan mempromosikan drama mereka.

 

 

Artis-artis yang akan membuat persembahan seperti Bunkface, Saixse + Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K Clique, Aisha Retno, Fimie Don, Iqbal M dan juga host kita Fizi Ali!

 

Bintang-bintang Viu yang bakal membuat kemunculan adalah ;

 

Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don dari siri From Saga With Love.

 

Hun Haqeen, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Shah Kimin dan Azrul Zaidi dari siri adaptasi Korea bertajuk W: Two Worlds.

 

Siri adaptasi novel terhangat I Love You, Stupid pula akan diwakili oleh MK K Clique, Ezzanie Jasny dan Malia Baby.

 

Perincian Acara :-

Date: 31 Aug 2023

Time: 4pm-10pm

Location: Gate Plaza, LaLaport BBCC

 

Jangan lupa untuk sertai kami di Viu bersama meraikan bakat dan konten lokal di acara Viu Lokal Lah!

 

RSVP Segera!

RSVP Sekarang
By |2023-08-17T07:14:51+07:00August 17th, 2023|Highlight VIU Shows, News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment