The Secret Romantic Guesthouse -Viu Original Terbaru Mac Ini

Siri Viu Original 18 episod The Secret Romantic Guesthouse bakal menemui para peminat pada bulan Mac 2023. Drama siri ini adalah sebuah kisah romantik dan  misteri yang mengisahkan tentang Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun) iaitu pemilik sebuah rumah tumpangan yang dikenali sebagai Yihwawon, dan tiga orang penghuni rumah tumpangan tersebut yang mempunyai rupa paras menawan dan karakter yang berbeza-beza. 

 

Mereka bertiga datang ke Hanyang untuk meneruskan pelajaran dan pendidikan supaya dapat melepasi ujian kemasukan untuk menjadi pegawai kerajaan. Mereka juga  menyiasat dan mengikut jejak dan petunjuk untuk merungkai misteri salah seorang peserta yang berlaku 13 tahun lalu.

 

Shin Ye Eun yang sememangnya cukup terkenal dan telah menunjukkan bakat lakonan yang luar biasa menerusi drama siri He Is Psychometric dan juga Yumi’s Cells 2, akan membawa watak sebagai Yoon Dan Oh iaitu pemilik rumah tumpangan Yihwawon yang memberi sewa bilik-bilik untuk para pengembara dan tetamu yang memerlukannya. Shin Ye Eun akan memegang watak utama pelakon wanita dalam drama siri ini.

Ryeoun akan membawa watak sebagai Kang San. Siri Viu Original  The Secret Romantic Guesthouse merupakan lakonan pertama Ryeun dalam drama genre sejarah historic. Kang San merupakan seorang pemuda  yang dingin dan biasa hidup sendirian.

 

Apabila sampai di Yihwawon, Kang San bertemu dengan Yoon Dan Oh dan sahabat-sahabatnya yang lain. Dia mula membuka hatinya untuk persahabatan Ryeoun sebelum ini telah membintangi beberapa Kdrama seperti  Doctor Prisoner, Homemade Love Story dan juga Through the Darkness.

Kang Hoon pula akan membawa watak sebagai Kim Shi Yeol yang sangat ceria dan juga perramah. Kim Shi Yeol adalah jejaka yang tidak pernah mengenal erti takut, sangat bersemangat dan benci akan ketidakadilan. Setelah memasuki Yihwawon, dia mula bersahabat baik dengan Yoon Dan Oh. The Secret Romantic Guesthouse sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat Kang Hoon selepas pelakon ini berjaya memukau melalui siri The Red Sleeve dan Little Women.

Jung Gun Joo akan membawa watak sebagai Jung Yoo Ha iaitu seorang sarjana yang tergolong dalam golongan keluarga bangsawan dan dia  mempunyai keperibadian yang lembut dan sangat prihatin terhadap perasaan orang lain. Jung Yoo Ha rasa amat senang dengan layanan Yoon Dan Oh di Yihwawon. Jung Gun Joo sekali lagi bakal menggegarkan dunia seni selepas kemunculannya dalam Extraordinary You dan Oh My Baby.

 

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi The Secret Romantic Guesthouse

 

  • Shin Ye Eun sebagai Yoon Da Oh

 

  • Ryeoun sebagai Kang San

 

  • Kang Hoon sebagai Kim Shi Yeol

 

  • Jung Gun Joo sebagai Jung Yoo Ha

 

  • Hang Chae Ah sebagai Hwa Ryeong

 

  • Ahn Nae Sang sebagai Shin Won Ho

 

  • Oh Man Seok sebagai Jang Tae Hwa

 

  • In Gyo Jin sebagai Yook Ho

 

  • Lee Mi Do sebagai Naju

 

  • Lee Joon Hyuk sebagai Sang Seon
By |2023-03-01T14:57:18+07:00March 1st, 2023|Coming Soon, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment