8 Variety Show Korea Dengan Pelbagai Tema Boleh Ditonton Di Viu

Variety show Korea menjadi antara tontonan yang kini sangat digemari ramai. Program hiburan ini tampil dengan pilihan tema yang menarik, bermula dengan rancangan masak-memasak, pertandingan permainan yang pelbagai, pengembaraan dan macam-macam lagi. Tambahan pula, ramai artis Korea popular juga turut menjadi peserta atau bintang undangan yang membuatkan setiap program hiburan ini semakin menarik dan menghiburkan. Berikut merupakan beberapa buah variety show Korea 2023 yang boleh anda tonton di Viu: 

 

1. Ha Jung Woo, Joo Ji Hoon, Yeo Jin Goo dan Minho SHINee menjelajah New Zealand serta bersaing dalam bermacam-macam misi demi untuk mendapatkan hadiah tiket impian dalam Bros on Foot

 

2. No Math School Trip mengajak para penonton mengikuti percutian D.O EXO dan Zico di Hokkaido, Jepun sambil menonton mereka menyertai berbagai-bagai jenis permainan dan perlawanan menarik

 

 

3. Membintangi The Genius Paik, Chef Baek Jong Won bersama beberapa orang artis terkenal Korea Selatan menguruskan sebuah restoran yang menjual makanan Korea di Morocco dan Itali

 

 

4. Jalan-jalan ke Eropah, Europe Outside Your Tent: Spain menampilkan pengembaraan empat orang pelakon lelaki Korea Selatan yang berkemah dan menjelajah Sepanyol

 

5. Mengembara ke Finland dan Bali, para peserta Earth Arcade kembali mengembara di Earth Arcade musim ke 2 untuk menyelesaikan misi dan menangkap arnab bulan yang melarikan diri ke bumi

 

 

6. Lima orang penyanyi wanita terkenal Korea Selatan tampil dalam rancangan Dancing Queens on The Road untuk menyertai jelajah konsert negara dan bertemu para peminat

 

 

7. Kang Ho Dong, Lee Seung Gi dan Bae In Hyuk membuka sebuah restoran di Jepun yang menyajikan bermacam jenis menu ramyun dalam program Ramyun Brothers in Japan

 

8. Kang Ho Dong dan Lee Seung Gi yang menjadi pengacara legenda Strong Heart kembali bersatu untuk tampil menjadi pengacara Thumbnail Battle: The Strongest Hearts

 

 

Sepanjang tahun ini kita bakal dihiburkan dengan pelbagai variety show Korea 2023 yang ditayangkan di Viu. Bermula dengan tema masak memasak, pengembaraan hingga permainan yang menarik, semuanya sudah tersedia. Selain itu, ramai bintang terkenal Korea Selatan dan idol KPop yang turut tampil dalam setiap variety show. Jangan lupa menonton ya!

 

Tonton Sekarang
By |2023-07-27T09:30:30+07:00July 27th, 2023|More Fun on VIU|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment