Rancangan Realiti Hiburan Korea Terbaru – My Boyfriend Is Better

Terkini, Viu Malaysia telah mula menayangkan sebuah rancangan realiti terbaru dari Korea Selatan yang bertajuk “My Boyfriend Is Better”. Menurut kakitangan pekerja di Mnet, rancangan ini sangat menghiburkan dan pasti membuatkan para penonton tidak berhenti gelak dengan telatah-telatah pengacara, juri-juri dan para pesertanya.

 

Dibawah produksi Mnet, selain “My Boyfried Is Better”, Mnet juga telah menyediakan lebih banyak rancangan variasi lain termasuklah ‘Queendom 2’, ‘I-Land 2’ dan banyak lagi untuk tahun 2022 ini. Namun “My Boyfriend Is Better” akan menjadi fokus utama bagi pembukaan rancangan realiti bagi tahun 2022.

 

 

“My Boyfriend is Better” adalah konsep baru bagi rancangan realiti hiburan muzik yang menggabungkan pertandingan menyanyi teman lelaki dan teman wanita harus melaburkan duit taruhan kepada teman lelaki yang boleh menyanyi dengan baik serta menjadi pilihan juri dan membawa pulang duit sebagai hadiah kemenangan mereka.

 

Rancangan ini akan ditayangkan setiap hari Jumaat bermula dari 25 Mac 2022 berdurasi selama 1 jam 30 minit dan mempunyai sebanyak 10 episod sahaja. Setiap episod akan menampilkan 5 pasangan peserta yang berbeza dari pelbagai latar belakang. Rancangan ini akan dihos oleh Lee Yong-jin dan Hong Hyun-hee, Solji, Aiki, Gabee, Simeez, Jang Ye-won, dan Im La-la sebagai juri. Selain itu juga, sekumpulan penonton juga akan dijemput hadir bersama sebagai juri jemputan.

 

 

Menariknya, rancangan ini merupakan rancangan realiti pertama yang melibatkan pasangan sebenar di mana teman wanita menguji kemahiran nyanyian pasangan mereka dan teman wanita juga diberi pilihan untuk melaburkan duit mereka kepada teman lelaki pasangan lain. Menurut anda, Adakah mereka akan memilih duit atau cinta hati mereka?

 

Untuk tidak terlepas dari rancangan ini, pastikan anda telah memuat naik aplikasi Viu dan mendaftar sebagai ahli Premium Viu Malaysia bagi menikmati rancangan kegemaran anda bebas iklan, kualiti HD dan lengkap dengan sarikata Bahasa Melayu.

By |2022-04-01T12:58:14+07:00April 1st, 2022|Highlight VIU Shows, Lifestyle, More Fun on VIU|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment