The Secret Romantic Guesthouse Episod 16 – Pengorbanan Tiada Taranya

Kim Shi Yeol yang merupakan pengawal bayangan keada Lee Seol membawa hati yang lara dan mahu pergi jauh dari Ihwawon dan gadis yang dicintainya iaitu Yoon Hong Joo. Pengorbanan perlu dilakukan untuk melepaskan rasa bersalah yang kian bersarang dalam hatinya. Lee Seol rela melepaskan Kim Shi Yeol pergi dan membebaskannya kerana dia turut rasa bersalah dan perancangannya untuk menaiki takhta juga sudah semakin hampir. 

 

Sinopsis The Secret Romantic Guesthouse Episod 16 (awas tulisan ini mengandungi spoiler): 

 

Sangkaan bahawa Raja Lee Chang akan mangkat atau langsung tidak sedarkan diri meleset sama sekali. Ketua sida terkejut apabila melihat Raja Lee Chang bersiap dengan pakaian diraja dan cuba melarikan diri. Malang baginya apabila dia ditangkap, Raja Lee Chang meminta ketua sida berkongsi maklumat dengannya bagi menyelamatkan nyawa ketua sida tersebut. 

 

Ketua sida menipu dengan menyebut nama Jung Yu Ha sebagai Lee Seol yang dicari-cari selama ini. Raja Lee Chang dan pegawainya tertipu dan mula memburu Jung Yu Ha yang disangkakan sebagai Lee Seol. 

Pintu ibu kota ditutup, timbalan perdana menteri pertama dan para pengikutnya ditangkap dan disiasat oleh Raja Lee Chang. Raja yang kejam itu bersemuka dengan Permaisuri Balu dan menghamburkan rasa kecewanya kerana bondanya itu tidak pernah menyebelahinya. Permaisuri Balu tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak pernah merestui dan merelakan Raja Lee Chang merampas takhta suatu ketika dulu.  

 

Jang Tae Hwa pula sudah bersiap sedia bersama pasukan Yukinhoe untuk memburu dan menangkap Kim Shi Yeol serta Lee Seol. Jang Tae Hwa dan pasukannya ke Ihwawon lalu menjadikan Yoon Dan Oh dan kakaknya sebagai tebusan. 

 

Kang San dan Jung Yu Ha bergegas untuk menyelamatkan kedua-dua gadis pemilik Ihwawon tersebut. Tapi sayangnya mereka berdua juga menjadi tawanan Jang Tae Hwa. Kini harapan mereka hanyalah kepada Kim Shi Yeol yang sudah pergi meninggalkan mereka. 

Dalam perdebatan dan pertengkaran yang berlaku, Jang Tae Hwa cuba membunuh Jung Yu Ha yang disangkakan sebagai Lee Seol, namun hayunan pedang Jang Tae Hwa mengena Hwa Ryeong yang menjadikan badannya sebagai perisai untuk menyelamatkan Jung Yu Ha. Satu pengorbanan yang besar dilakukan oleh seorang ibu untuk melindungi anaknya yang tercinta. 

 

Masa semakin mengejar mereka. Kini angkatan tentera istana sedang menuju ke arah mereka, Jung Yu Ha yang baru sahaja kehilangan ibunya telah bersedia untuk berkorban bagi memberi masa untuk Kang San dan sahabat-sahabatnya yang lain melarikan diri. Kang San tiada pilihan lain selain meninggalkan Jung Yu Ha sebagai benteng terakhir mereka. Apakah yang bakal terjadi dalam episod baru siri Viu Original The Secret Romantic Guesthouse? Jangan lupa saksikan di platform striming Viu Malaysia!

 

Tonton Sekarang

 

 

 

By |2023-05-14T14:52:36+07:00May 14th, 2023|Drama, Drama Korea, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment