Lee Se Young Bawa Watak Wanita Positif Dalam The Story Of Park’s Marriage Contract

Lahir dari keluarga bangsawan tidak membuatkan Park Yeon Woo (Lee Se Young) suka hidup senang lenang dan bermalas-malasan. Dia adalah seorang wanita yang bekerja keras dan suka mencuba perkara-perkara baru.

 

Dalam diam Yeon Woo adalah seorang pereka fesyen era Joseon. Sewaktu terlibat dalam penjelajahan waktu ke masa kini, Yeon Woo tidak berputus asa dengan takdirnya. Dia selalu mencari hikmah disebalik setiap kejadian yang menimpanya. Lee Se Young berjaya membawa watak sebagai seorang wanita yang cukup positif dan cekal dalam siri Viu Original The Story Of Park’s Marriage Contract.

 

Berikut adalah sifat positif Park Yeon Woo dalam The Story Of Park’s Marriage Contract yang boleh dijadikan contoh teladan.



  • Pandai menyelesaikan masalah

 

Yeon Woo adalah anak keluarga bangsawan yang mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang baik. Sewaktu dia mengalami masalah dengan pakaian yang direka olehnya. Ada orang yang sengaja cuba menggagalkan hasil kerja Yeon Woo dengan merosakkan pakaian yang diciptanya.

 

Pada awalnya Yeon Woo tampak seperti putus asa tetapi dia tetap mencari jalan untuk membaiki pakaian tersebut. Hanya dalam waktu 30 minit dia berjaya mengubah rekaannya menjadi busana baru yang lebih cantik. 


  • Cekal

 

Yeon Woo terjebak dengan penjelajahan waktu ke masa kini. Pada awalnya kejadian ini membuatnya merasa bingung dan kecewa, dia ingin kembali ke Joseon tetapi tidak mengetahui caranya. Bukan satu perkara yang mudah bagi Yeon Woo untuk hidup dan bertahan di tempat asing.

 

Hasil kecekalannya, Yeon Woo dapat bertahan di masa sekarang. Dia tidak mudah menyerah kalah dengan takdir yang terjadi padanya. 



  • Ramah dan mesra

 

Semua orang yang menemuinya akan tertarik dengan Yeon Woo. Wanita ini adalah seorang yang ramah dan ceria. Contohnya sewaktu pertama kali bertemu dengan datuk Kang Tae Ha (Bae In Hyuk), Yeon Woo secara spontan boleh mengambil hati datuk suaminya itu.

 

Begitu juga sewaktu pertama kali dia masuk bekerja. Yeon Woo boleh bergaul dengan dengan rakan-rakan sekerjanya di sana tanpa merasa kekok. Yeon Woo jadi disenangi ramai orang kerana keperibadiannya yang ramah dan mesra.



  • Tegas

 

Dari luar Yeon Woo memang kelihatan seperti seorang wanita yang polos dan mudah diperbodohkan. Siapa sangka sebenarnya dia adalah seorang yang sangat tegas. Apabila ada pihak yang ingin mengganggu dan menjatuhkannya, Yeon Woo tidak berdiam diri.

 

Contohnya apabila ibu tiri Kang Tae Ha berusaha mengganggunya, Yeon Woo dengan tegas memberi jawapan bahawa dia tidak takut dengan ancaman-ancaman yang diberikan. Dia memberikan jawapan terbaiknya supaya tidak lagi mengalami gangguan.



  • Sangat prihatin pada orang lain

 

Yeon Woo adalah wanita yang sangat prihatin terutama pada orang-orang yang disayanginya. Sewaktu Kang Tae Ha mengalami masalah jantung secara tiba-tiba, dia berusaha untuk menenagkannya. Yeon Woo tanpa teragak-agak memberikan pelukan hangat pada Tae Ha.

 

Walau Yeon Woo kelihatan seperti sukar untuk diatur tetapi dia mempunyai sifat prihatin yang tinggi pada orang lain. Contohnya sewaktu seorang pelukis miskin menjual lukisannya untuk gaun perkahwinan anaknya, Yeon Woo dengan senang hati membantunya.

 

Watak Park Yeon Woo dalam The Story Of Park’s Marriage Contract yang dibawa oleh Lee Se Young memang sangat positif dan berjaya mempengaruhi suasana dengan kebaikannya. Dia selalu mempunyai cara tersendiri untuk membantu orang lain. Jangan lupa untuk menonton siri Viu Original ini di Viu. 

 

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-29T11:03:31+07:00December 29th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment