3 Rahsia Gelap Keluarga Kang dalam The Story of Park’s Marriage Contract

Disebalik kejayaan yang gilang-gemilang, keluarga Kang dalam siri Viu Original The Story of Park’s Marriage Contract menyembunyikan rahsia besar. Selama ini, semua orang memandang mereka sebagai keluarga terhormat tanpa mengetahui banyak sisi gelap yang tersembunyi dalam keluarga mereka.



Rahsia keluarga Kang memang ada kaitan dengan takdir Kang Tae Ha (Bae In Hyuk) dan Park Yeon Woo (Lee Se Young). Berikut ini merupakan tiga rahsia besar keluarga Kang dalam The Story of Park’s Marriage Contract


  • Perkahwinan kontrak Tae Ha dan Yeon Woo

Khabar perkahwinan Kangdro atau Kang Tae Ha dan Park Yeon Woo saja menggemparkan semua orang. Semuanya kerana Tae Ha berkahwin secara diam-diam dan selama ini dia dikenali tidak pernah bercinta dengan mana-mana wanita. 



Seandainya berita perkahwinan kontrak tersebar luas, kedudukan mereka di SH Group akan terancam. Ketua Kang (Cheon Ho Jin) pasti sangat marah kerana baginya perniagaan adalah segala-galanya. Dia sanggup membuang keluarga sendiri jika mereka mencemarkan nama baik syarikat.



Perkahwinan kontrak ini dilakukan supaya Kang Tae Ha mewarsi SH Group. Dengan cara itu, Tae Ha dengan mudah akan menggantikan Min Hye Sook (Jin Kyung) sebagai CEO. Sayangnya, rancangan ini lebih berisiko dan mengancam keselamatan Park Yeon Woo. 


  • Kecurangan ibu bapa Kang Tae Ha



Kang Tae Ha bukan anak kandung Min Hye Sook. Ayah Tae Ha masih memikirkan wanita lain sewaktu Hye Sook sedang mengandung. Wanita itu adalah ibu Kang Tae Ha. Dari sinilah para penonton tahu bahawa hubungan ibu dan anak tiri itu tidak pernah baik.

 

Walau membenci menantunya, ketua Kang pernah merestui hubungan anaknya itu dan Hye Sook. Tidak hairanlah kini Hye Sook merasa seperti dibuang, tambahan pula selepas Kang Tae Ha berniat untuk menjatuhkan kedudukannya.

 

Tae Ha trauma atas perbuatan Hye Sook pada ibunya. Akibatnya sampai sekarang, Tae Ha tidak pernah berani masuk ke tempat tinggal ibu bapanya.  Walaupun banyak kali mencuba, dia belum dapat melepaskan diri dari bayang-bayang masa lalu.


  • Perang keluarga Kang



Min Hye Sook mengetahui kedudukannya terancam dan bakal diganti. Selama ini dia menggantikan suaminya sebagai CEO SH Group. Namun, kini Ketua Kang merasa bahawa cucunya, Kang Tae Ha, lebih layak dalam segala hal.



Perang dan perpecahan di antara keluarga Kang. Kang Tae Ha akan berusaha sebaik mungkin untuk merebut kedudukan ibu tirinya. Sementara itu, Min Hye Sook merancang untuk menghancurkan hidup Kang Tae Ha dan isterinya, Park Yeon Woo.



Hye Sook yang licik selalu mengadu domba dan persaingan kotor ini akan terus berlanjutan hingga salah seorang dari mereka jatuh. Bukan cuma satu lawan satu, pertarungan ini juga mengorbankan Kang Tae Min (Yoo Seon Ho) dan Park Yeon Woo.



Jika melihat dari luarannya, keluarga Kang sepatutnya hidup bahagia kerana memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Namun, polemik perniagaan dan kecurangan masih menjadi agenda yang menakutkan. Jangan lupa untuk menonton The Story of Park’s Marriage Contract di platform striming Viu.

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-19T00:00:45+07:00December 19th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment