Cara Memusnahkan Sumpahan Keluarga Turun-Temurun Dalam A Good Day to be A Dog

Keluarga Han Hae Na (Park Gyu Young) disumpah kerana kesalahan nenek moyang mereka dalam siri Viu Original A Good Day to be A Dog. Mereka akan berubah menjadi anjing apabila mencium kaum berlainan jantina. Bagi Hae Na, sumpahan ini sudah menjadi lumrah bagi keluarganya.



Apabila secara tiba-tiba Lee Bo Gyeom (Lee Hyun Woo) mengaku bahawa dia adalah roh gunung yang telah menyumpah keluarga Hae Na, semua orang terpaku dan lebih mengejutkan lagi apabila Lee Bo Gyeom mengatakan bahawa dia boleh menghapuskan sumpahan tersebut dengan beberapa syarat. Bagaimanakah cara Hae Na menghapuskan sumpahan keluarganya? 



  • Cara Hae Na menghapuskan sumpahan dalam versi webtoon

 

Hae Na menerima syarat Lee Bo Gyeom untuk menghapuskan sumpahan keluarganya dengan cara melepaskan cintanya pada Jin Seo Won (Cha Eun Woo). Jin Seo Won akan hilang segala ingatan mengenai saat-saat bahagianya bersama Hae Na. Sementara itu Hae Na terus kesepian kerana dia telah dilupakan.

 

Namun Jin Seo Won kerap kali merasa sakit kepala yang teruk akibat ingatannya yang dihapuskan. Hae Na semakin sedih kerana pilihannya tersebut mengakibatkan kesan yang tidak dijangka.

 

Tapi penderitaan mereka tidak kekal lama. Akhirnya kekuatan cinta Jin Seo Won mengalahkan kuasa roh gunung. Lelaki itu kembali mengingati Hae Na. Mereka kembali bersama dan sumpahan roh gunung juga terlerai.


  • Cara Hae Na menghapuskan sumpahan dalam versi drama

 

Di episod 11 siri Viu Original A Good Day to be A Dog, Lee Bo Gyeom juga memberikan syarat yang sama supaya sumpahan keluarga Hae Na boleh dihapuskan. Wanita itu perlu melepaskan cintanya pada Jin Seo Won. Namun rupa-rupanya, hukuman yang diberikan oleh Lee Bo Gyeom berbeza dari versi webtoon

 

Pada sedutan teaser episod 12, kelihatan seperti Hae Na yang hilang segala ingatan tentang Jin Seo Won. Gadis itu hanya mengingati masa-masa sewaktu dia menyukai Lee Bo Gyeom. Perkara ini membuatkan Jin Seo Won marah. Namun dia sudah berjanji pada Hae Na bahawa dia akan menyokong keputusan yang dibuat oleh cinta hatinya itu, termasuklah pilihan mengorbankan cinta mereka demi keluarganya.


  • Bagaimanakan pengakhiran sumpahan Hae Na dalam versi drama?

 

Berbeza dengan webtoon, dalam drama Jin Seo Won lebih menderita dalam proses menghapuskan sumpahan. Dia perlu melihat Hae Na kembali mengejar Lee Bo Gyeom, dan Lee Bo Gyeom pula sengaja menerima perhatian dan kasih sayang Hae Na.

 

Perbezaan kisah ini mungkin disebabkan oleh perbezaan masa lalu yang mereka alami. Dalam versi drama, pedang Jin Seo Won yang membunuh kekasih roh gunung. Semetara Hae Na yang pada waktu itu sedang hamil, memilih untuk mengorbankan majikannya yang merupakan kekasih roh gunung. 

 

Belum jelas bagaimanakah pengakhiran kisah Hae Na dan Jin Seo Won selepas sumpahan keluarga Hae Na dihapuskan. Masih ada beberapa episod lagi yang berbak. Jangan lupa untuk terus menonton siri Viu Original A Good Day to be A Dog di Viu.

 

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-29T02:34:38+07:00December 29th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment