10 Dilema Han Hae Na Hadapi Selepas Mengingati Masa Lalu dalam A Good Day to Be a Dog

Pada episod 11 siri Viu Original A Good Day to Be a Dog, Han Hae Na (Park Gyu Young) akhirnya mengetahui siapa yang sebenarnya mengenakan sumpahan kepada keluarganya, orang tersebut adalah Lee Bo Gyeom (Lee Hyun Woo). Sumpahan tersebut membuatkan Han Hae Na berubah menjadi anjing apabila berciuman dengan lelaki.

 

Secara lebih kompleks, sumpahan tersebut disebabkan oleh kesalahan Han Hae Na di kehidupan masa lalunya. Demi menyelamatkan Jin Seo Woo (Cha Eun Woo), Han Hae Na mengorbankan nyawa gadis yang dicintai oleh Lee Bo Gyeom. Bagaimanakah dilema kehidupan Han Hae Na pada kehidupannya yang lalu dan juga masa sekarang?



  • Lee Bo Gyeom, rakan sejawat Han Hae Na yang pernah membuatnya jatuh cinta sebenarnya adalah orang yang bertanggung jawab memberikan sumpahan kepada keluarganya. 



  • Lee Bo Gyeom di kehidupan masa lalu merupakan seorang dewa gunung yang jatuh cinta dengan majikan Han Hae Na.



  • Di kehidupan masa lalu, Han Hae Na merupakan anak buah yang setia. Dia sanggup berpura-pura menjadi majikannya yang dituduh berbuat jahat supaya majikannya yang sedang hamil boleh melarikan diri dan mencari tempat persembunyian yang selamat. 



  • Dalam proses melarikan diri bersama majikannya, Han Hae Na dibantu oleh kekasihnya iaitu Jin Seo Woo. 



  • Jin Seo Woo berjaya membantu Han Hae Na dan majikannya melarikan diri, sayangnya dia ditangkap dan dikurung. 



  • Han Hae na yang mengetahui bahawa Jin Seo Woo dikurung dan akan dihukum penggal kepala terpaksa membongkarkan tempat persembunyian majikannya.



  • Han Hae Na terpaksa mengorbankan majikannya dan memilih untuk menyelamatkan nyawa kekasihnya kerana dia sedang mengandungkan anak Jin Seo Woo. 



  • Lee Bo Gyeom yang mempercayai Han Hae Na kerana kesetiaan yang ditunjukkan selama ini berubah menjadi marah dan sakit hati ketika mengetahui wanita yang dicintainya mati disebabkan oleh Han Hae na. 



  • Watak Lee Bo Gyeom yang merupakan dewa gunung dengan tugas menyumpah manusia membuatnya menyumpah Han Hae Na dan seluruh keturunannya. 



  • Lee Bo Gyeom di kehidupan pada masa sekarang memberikan tawaran pada Han Hae Na supaya keluarganya boleh terlepas dari sumpahan iaitu dengan mengorbankan kisah cintanya dengan Jin Seo Woo. 

 

Demikian kisah penuh dilema dalam kehidupan Han Hae Na, kisahnya tragis dalam kehidupannya di masa lalu dan juga kehidupan masa sekarang. Jika anda menjadi Han Hae Na, pilihan manakah yang akan anda ambil? Menyelamatkan keluarga dari sumpahan turun-temurun atau mempertahankan hubungan cinta dengan Jin Seo Woo? Sukar bukan? Jangan lupa saksikan A Good Day to Be a Dog di platform striming Viu.

 

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-23T01:43:13+07:00December 23rd, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment