5 Plot Twist Mengejutkan dalam The Story of Park’s Marriage Contract

Siri Viu Original The Story of Park’s Marriage Contract telah sampai ke episod 7 dan 8. Hanya berbaki 4 episod sahaja lagi sebelum drama siri fantasi ini tamat. Konflik cerita semakin panas dan ada banyak plot twist yang terungkai.

 

Terdapat banyak plot twist terkuak di episod 7-8. Bermula dengan tragedi masa lalu Park Yeon Woo (Lee Se Young) hingga dalang kepada setiap peristiwa tragis itu. Berikut adalah lima plot twist di dua episod terbaru The Story of Park’s Marriage Contract.

 

  •  Ketua Kang Sang Mo yang menyuruh Yoo Ha Na berbuat jahat

 

Di episod 7, Yoo Ha Na (Kwon Ah Reum) menggemparkan banyak pihak kerana dia telah merosakkan pertunjukan fesyen SH Group. Dia membocorkan rekaan Park Yeon Woo, juga turut merosakkan baju gadis itu. Yoo Ha Na melakukan perbuatan sabotaj itu kerana perasaan cemburu, dia telah lama menyukai Kang Tae Ha (Bae In Hyuk), suami Park Yeon Woo.

Lebih mengejutkan adalah orang yang menyuruh Yoo Ha Na melakukan perbuatan terkutuk itu adalah Kang Sang Mo (Chun Ho Jin). Sedangkan datuk Kang Tae Ha itu awalnya dilihat sangat menyukai cucu menantunya itu. Namun dia menggunakan Yoo Ha Na untuk mengintip Kang Tae Ha dan menghalang Park Yeon Woo melakukan kemunculan sebagai pereka fesyen.



  • Penyakit Ketua Kang Sang Mo adalah pembohongan



Sebab utama Kang Tae Ha berkahwin secara kontrak dengan Park Yeon Woo adalah demi datuknya. Datuknya enggan menjalani pembedahan jika Kang Tae Ha tidak berkahwin. Sebagai cucu yang baik, Kang Tae Ha berpura-pura berkahwin di hadapan datuknya.

 

Namun di episod 8 terungkai fakta baru. Ketua Kang Sang Mo hanya berpura-pura sakit. Selama ini, di membohongi Kang Tae Ha supaya cucunya itu patuh padanya.


  • Di masa lalu, keluarga Kang yang membunuh Park Yeon Woo



Park Yeon Woo sebenarnya hidup di zaman Dinasti Joseon. Di malam perkahwinannya, suaminya meninggal dunia. Lebih malang lagi, dia juga diculik lalu dibuang ke dalam perigi. Nasib baik dia terselamat tetapi dirinya terlempar ke tahun 2023.

 

Episod 8 mengungkapkan perkara sebenar yang terjadi di masa lalu. Kang Tae Ha era Joseon diracun oleh keluarganya sendiri demi menjadikan Park Yeon Woo sebagai ‘Wanita Berbudi’. Gelaran ini diberikan kepada balu yang bunuh diri selepas suaminya meninggal dunia.

 

Gelaran Wanita Berbudi pada masa itu membuatkan keluarga bangsawan Kang semakin dihormati. Selain itu, mereka juga membunuh ibu bapa Park Yeon Woo kerana gadis itu merupakan anak tunggal, keluarga Kang mengambil semua warisan kekayaan keluarga kerana mereka adalah besan.


  • Halaman buku harian milik ibu Park Yeon Woo tiba-tiba berubah



Buku harian ibu Park Yeon Woo selama ini disimpan oleh Lee Mi Dam (Kim Yeo Jin). Di episod 8, terjadi kejadian aneh. Halaman kosong buku tersebut tertulis sendiri selepas Park Yeon Woo mengetahui perkara yang terjadi di masa lalu. Isi kandungannya adalah tentang penemuan mayat seorang gadis di dalam perigi yang dianggap sebagai Park Yeon Woo sedangkan sebenarnya orang lain.


  • Kang Tae Ha rela melakukan apa-apa sahaja demi Park Yeon Woo

 

Sikap romantik Kang Tae Ha pada Park Yeon Woo semakin jelas kelihatan di episod 7 dan 8. Dia berusaha untuk membantu isterinya supaya tetap dapat membuat kemunculan sebagai pereka fesyen di pentas fesyen. Dia juga sanggup meminta tolong Min Hye Sook (Jin Kyung) kerana kesukaran mencari model.

 

Di episod 8, Kang Tae Ha melawan arahan datuknya tentang kedudukan pimpinan SH Group yang baru. Dia mengumumkan tentang penyakit jantungnya yang selama ini dirahsiakan dan mengusulkan pihak pengurusan baru yang bukan keluarga Kang yang memimpin SH Group. Semua ini dilakukan demi melindungi Park Yeon Woo.

 

Lima plot twist di atas bukan hanya memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka, tetapi juga menjelaskan beberapa konflik di awal cerita. Jangan lupa untuk menonton episod seterusnya The Story of Park’s Marriage Contract di platform striming viu ya! 


 

Tonton Sekarang
By |2023-12-19T23:38:22+07:00December 19th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment