W : Two Worlds episod 4 – Kebenaran Yang Pahit

W: Two Worlds dibintangi oleh Elizabeth Tan (Hanna), Hun Haqeem (Aliff), Daiyan Trisha (Izara), Mierul Aiman (Ghazi), Faizal Hussein (Omar) Tony Eusoff (Musa).

 

Seorang pekerja pembersihan wanita dilihat memasuki sebuah bilik untuk menjalankan tugasnya. Sewaktu membersihkan bilik tersebut dia terlihat sebuah computer berada di atas lantai.

 

Keadaan komputer tersebut dilihat amat teruk dengan skrin paparan yang sudah pecah berkecai. Kondisi komputer tersebut jelas menunjukkan seperti dia telah terjatuh ke lantai atau lebih tepat telah dihempas ke lantai.

 

“Sayangnya”

 

Pekerja itu merasa ralat melihat gajet yang masih elok namun sudah tidak mahu digunakan lagi.

 

Lalu dia pun membawa peranti teknologi itu tadi bersama-sama sampah sarap yang dikutip sepanjang aktiviti pembersihan ke bahagian belakang bangunan untuk dibuang ke tempat sampah.

 

Elizabeth Tan | W: Two Worlds

Elizabeth Tan sebagai Hanna

 

Bagi penonton yang terus sahaja menonton episod empat siri W : Two Worlds ini pasti terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda.

 

Bilik siapakah yang dibersihkan tadi? Apakah sebenarnya yang berlaku kepada komputer itu? Adakah terjatuh ataupun dihempas dengan sengaja.

 

Mengapa pemilik komputer itu ingin menghancurkan barangnya sendiri? Semua persoalan ini sudah tentu ada hubung kaitnya dengan watak utama di dalam siri ini.

 

Semuanya akan terjawab dengan menonton siri W : Two Worlds secara eksklusif dalam aplikasi Viu Malaysia. Tonton episod 3 dan 4 hari ini!

Tonton Sekarang
By |2023-12-11T13:45:43+07:00December 8th, 2023|Drama, Drama Melayu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment