Kisah Cinta Tragis Masa Lalu Dalam A Good Day to Be a Dog Beri Kesan Pada Hubungan Cinta Seo Won & Hae Na Masa Kini!

Dalam siri Viu Original A Good Day to Be a Dog terdapat sebuah kisah percintaan tragis pada masa lalu iaitu kisah cinta di antara Soo Hyun dan Mak Soon. Soo Hyun adalah Jin Seo Won (Cha Eun Woo) di masa lalu dan Mak Soon adalah Han Hae Na (Park Gyu Young) di masa lalu.



Soo Hyun dan Mak Soon saling mencintai antara satu sama lain, tetapi hubungan mereka akhirnya berakhir dengan tragis. Kisah cinta masa lalu tersebut menyebabkan hubungan Jin Seo Won dan Han Hae Na pada masa sekarang turut terganggu. Bagaimanakah sebenarnya kisah cinta Soo Hyun dan Mak Soon? Berikut adalah rangkuman kisah percintaan mereka yang menarik dalam siri Viu Original ini!



  • Soo Hyun yang merupakan seorang pengawal kerajaan dan dari keturunan bangsawan jatuh cinta kepada Mak Soon yang hanya merupakan seorang orang gaji.



  • Perbezaan kasta dan status sosial membuatkan mereka perlu menjalin hubungan cinta secara rahsia. Mereka dalam diam selalu bertemu untuk melepaskan rindu.



  • Soo Hyun sering mengunjungi tempat Mak Soon bekerja. Dia selalu membawakan buah tangan apabila berjumpa dan menemani kekasih hatinya ketika bekerja.



  • Cho Young yang merupakan majikan kepada Mak Soon mengetahui tentang hubungan mereka dan memberikan ruang supaya mereka selesa apabila bertemu.



  • Pada suatu hari, Mak Soon perlu melarikan diri bersama-sama majikannya kerana Cho Young dituduh bersuamikan seorang pengkhianat.



  • Mak Soon dan Cho Young bersembunyi di hutan untuk waktu yang lama. Apabila dia mengetahui bahawa Soo Hyun diseksa kerana merahsiakan tempat persembunyian mereka, telah membuatkan Mak Soon terpaksa mengkhianati majikannya. 



  • Pihak kerajaan berjaya menemui Cho Young kerana berpandukan maklumat yang diberikan oleh Mak Soon dan mengakibatkan roh gunung yang mencintai Cho Young sangat marah terhadapnya


 

 

  • Mak Soon melakukan semua pengkhianatan tersebut kerana dia sedang hamil. Namun malangnya, Soo Hyun telah dibunuh oleh roh gunung kerana dialah yang membunuh Cho Young



Kisah cinta tragis tersebut membuatkan hubungan Jin Seo Won dan Han Hae Na pada masa sekarang terganggu dan dipenuhi ranjau berduri. Adakah hubungan Jin Seo Won dan Han Hae Na akan berakhir dengan kisah yang indah? Jangan lupa untuk menonton A Good Day to Be a Dog di platform striming Viu.

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-29T01:51:55+07:00December 29th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment