Banyak Perkara Mengejutkan Berlaku Dalam A Good Day to Be a Dog Episod 11!

Episod 11 siri Viu Original A Good Day to Be a Dog telah ditayangkan pada 20 Disember yang lalu. Di episod kali ini, Han Hae Na (Park Gyu Young) dan Jin Seo Won (Cha Eun Woo) mula mengetahui identiti sebenar Lee Bo Gyeom (Lee Hyun Woo) yang mengejutkan.

 

Selain itu, Han Hae Na mengingati kembali kehidupannya di masa lalu dan memori masa lalu tersebut membuatkannya sangat terkejut. Berikut adalah beberapa kejutan yang dipersembahkan dalam episod 11 A Good Day to Be a Dog



  • Bapa saudara Han Hae Na yang tidak dapat mematahkan sumpahannya tiba-tiba berubah menjadi manusia. Perkara ini membuatkan semua orang terkejut melihatnya.

 

  • Min Ji A mula mengingati kehidupan lalunya dan mengetahui bahawa Lee Bo Gyeom adalah roh gunung yang berkaitan dengan dirinya.

 

  • Walau dia mengenali Min Ji A, Lee Bo Gyeom tetap bersikap dingin dan ingin meneruskan misi balas dendamnya.






  • Lee Bo Gyeom menemui Han Hae Na dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Perkara itu membuatkan Han Hae Na terkejut dan mula menyiasat tentangnya.

 

  • Han Hae Na mengingat kembali memori kehidupan lalunya dan menyedari bahawa Lee Bo Gyeom bukan manusia.

 

  • Mengetahui segala yang terjadi membuatkan Jin Seo Won berjumpa dengan Lee Bo Gyeom. Namun, dia tidak melakukan apa-apa.

 

  • Dipertontonkan sebuah memori imbas semula penyebab sumpahan yang terjadi pada keluarga Han Hae Na, semuanya kerana Han Hae Na dahulu adalah seorang pengkhianat.

 

  • Lee Bo Gyeom dahulu sangat marah terhadap Han Hae Na kerana dia menjadi penyebab Cho Young terbunuh, wanita yang sangat dicintainya.

 

  • Perasaan amarah terhadap Jin Seo Won membuatkan Lee Bo Gyeom menghilangkan ingatan Han Hae Na tentangnya sehingga hubungan mereka terganggu.



Pada episod yang akan datang, Han Hae Na kelihatan tidak mengingat Jin Seo Won lagi kerana kenangannya telah dihapuskan oleh Lee Bo Gyeom. Sementara itu Jin Seo Won masih mengingatinya dengan baik. Bo Gyeom melakukan semua ini untuk menyakiti mereka berdua. Mampukah Han Hae Na dan Jin Seo Won menghadapi rintangan dan dugaan berat yang terjadi ini? Jangan lupa untuk menyaksikan sambungan kisah A Good Day to Be a Dog di platform striming Viu.

 

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-25T10:19:15+07:00December 25th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment