Nasib Malang Yoon Hae Joon dalam My Perfect Stranger

Yoon Hae Joon digambarkan sebagai satu watak yang dingin terhadap sesiapa pun dalam siri Viu Original My Perfect Stranger. Walaupun kelihatan agak dingin, dia juga kerap menunjukkan sikap prihatin terhadap orang lain. Warga Desa Woojung sangat berterima kasih kepada Yoon Hae Joon yang telah menyelamatkan nyawa mereka.

 

Mengembara ke titik masa sehingga ke tahun 1987 dan menjadi guru Bahasa Korea telah membuatkan Yoon Hae Joon menjadi guru idaman untuk para pelajar di sekolahnya. Di sebalik kehidupan yang ditunjukkan oleh pemuda ini pada masa tersebut, rupa-rupanya Yoon Hae Joon mengalami luka dan kesedihan yang sungguh tragik . 

 

Mempunyai keluarga toksik

 

Yoon Hae Joon pada tahun 2021 sedang menikmati kemuncak dalam kerjayanya. Yoon Hae Joon lahir sebagai anak yang tidak pernah diingini oleh keluarganya. Ibunya melarikan diri selepas melahirkannya, ayahnya pula meninggalkan dia demi mendapatkan jawatan professor di luar negara. Ayahnya pulang hanya sesekali iaitu pada bulan Disember.

Dia dijaga datuknya yang tidak begitu menyukai dirinya. Dia dianggap sebagai pembawa nasib malang dalam keluarga. Kritikan menyakitkan, pengabaian, dan makian sudah menjadi makanan harian sepanjang hidupnya. Datuk Yoon Hae Joon adalah Yoon Byung Goo iaitu pengetua sekolah tempat di mana dia mengajar pada tahun 1987.

 

Dia menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 2022

Sewaktu berada di puncak kerjayanya pada tahun 2021 dan kebetulan menemui kereta yang merupakan mesin waktu, dia telah berusaha untuk melihat takdirnya di masa depan. Melihatkan keadaan kerjayanya yang waktu itu cukup berkilau, dia yakin pada masa depan hidupnya lebih terjamin. 

Sayangnya sewaktu dia melakukan pengembaraan waktu sepuluh tahun ke depan, dia tidak menemui dirinya. Seterusnya dia mengembara ke tahun 2022 dia mendapati bahawa dia telah terbunuh dengan ngeri dan kejam sekali. Lebih mengejutkan, media melaporkan bahawa mayatnta  hilang tanpa jejak.

 

Tidak berjaya menyelamatkan mangsa pembunuhan di Desa Woojung-ri

 

Tahun 1987 memang gempar dengan isu pembunuhan bersiri di Desa Woojung-ri. Yoon Hae Joon yakin bahawa pembunuhnya pada tahun 2022 adalah pembunuh di bersiri yang membuat onar di Woojung-ri. Dia sangat yakin kerana kejadian bunuh ini ditandakan dengan ciri khas dari penjenayah terbabit yang meninggalkan kotak mancis dari Kedai Teh Bong Bong.

Dia menyiasat untuk mencari mangsa pembunuhan pada tahun 1987. Bersama Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) mereka berdua mempunyai misi iaitu untuk menyelamatkan setiap mangsa bunuh. Namun, kenyataannya takdir tidak boleh diubah, Lee Joo Young (Jung Ga Hee) dan Lee Kyung Ae (Hong Na Hyun) ternyata akhirnya mati dibunuh. 

 

Lee Joo Young dibunuh pada tarikh yang berbeza, sementara Lee Kyung Ae pula divunuh di tempat yang berbeza. Perkara ini membuatkan Yoon Hae Joon merasa kesal kerana tidak dapat menyelamatkan mereka.

 

 

Tonton Sekarang



 

 

By |2023-05-30T12:15:22+07:00May 30th, 2023|Drama, Drama Korea, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment