Dihantui Dosa Silam – Nenek Bongkok Tiga Episod 2

Episod dua siri Nenek Bongkok Tiga ini dibuka dengan watak gadis influencer media sosial bernama Malia (lakonan Sara Mack Lubis). Dia masih lagi mendapat gangguan dan bayangan dosa lampau yang sedikit sebanyak menariknya kembali ke arah satu-satunya pintu larangan di rumah Nenek.

 

Walaupun Nenek sempat mengahalangnya untuk membuka pintu tersebut namun dia tahu seakan ada sesuatu tersembunyi di sebalik pintu tersebut yang sering memanggilnya untuk kembali.

 

Siri ini diteruskan lagi dengan perbalahan dan perbezaan pendapat antara Zamir (lakonan Hun Haqeem) dan Adi (lakonan Merqeen). Zamir masih tidak putus asa untuk keluar ke hutan terus mencari jalan keluar dari bukit luruh. Namun Adi dan Alis (lakonan Sara Ali) berpendapat rumah Nenek pasti ada jawapan yang mereka cari selama ini.

 

 

Mior (lakonan Fimie Don) yang semakin tidak tenteram untuk terus berada di rumah itu mula merayu kepada Nenek untuk memberitahu kepadanya cara untuk keluar dari tempat tersebut. Walaupun nenek sudah memberikan jawapan bagaimana untuk mencari jalan keluar, namun dia tidak pasti adakah Mior bersedia dan cukup kuat untuk teruskan niatnya itu.

 

Episod 2 siri ini masih lagi bermain dengan keinginan kuat watak-watak yang terperangkap untuk mencari jawapan dan jalan keluar. Ada diantara mereka yang terus menerus diganggu dan dihantui dengan bayangan dosa silam.

 

Misteri makhluk yang Nenek gelar Tuan Tanah itu masih belum terungkai sepenuhnya. Adakah benar makhluk itu yang memakan mangsa-mangsa di kubur besar? Adakah mereka semua akan jadi korban Tuan Tanah yang seterusnya ataupun menjadi korban akibat kelemahan jiwa dan rasa bersalah yang menebal dalam diri masing-masing.

 

Nenek yang menjadi penjaga kepada rumah dalam hutan Bukit Luruh itu juga semakin lama semakin menampakkan dirinya yang sebenar. Apa agenda tersembunyi yang disimpan masih menjadi tanda tanya namun episod ini jelas memberikan gambaran sejauh mana Nenek itu berkuasa dalam tempat tersebut.

 

Saksikan siri Viu Original penuh misteri Nenek Bongkok Tiga di dalam aplikasi Viu hari ini. Tonton episod baru pada setiap hari Khamis!

Tonton Sekarang
By |2023-02-14T04:01:52+07:00February 14th, 2023|Drama, Drama Melayu, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment