Kabus Kaburi Minda – Nenek Bongkok Tiga Episod 3

Dalam episod Nenek Bongkok Tiga kali ini watak-watak yang terperangkap kini berdepan pula dengan kabus tebal dan angin kencang.

 

Kabus tersebut seakan-akan cuba untuk memisahkan mereka antara satu sama lain. Zamir selaku ketua bertindak untuk memberikan guide dengan menyuruh mereka bergerak mengikut arah suaranya.

 

Akhirnya mereka dapat berkumpul kembali dan kita dapat melihat kelibat bayangan kemunculan makhluk yang digelar Tuan Tanah. Bunyi ngauman suara yang menakutkan mereka namun mereka berjaya lari dan lepaskan diri.

 

Tiba di tempat selamat Zamir mencadangkan mereka swmua untuk bermalam dan memulakan semula perjalanan mencari jalan keluar pada keesokan hari. Mereka mangambil giliran untuk berjaga.

 

 

Ketika Zamir memanggil Alis, Alis kelihatan terganggu oleh suatu kelipan cahaya yang dikenali olehnya. Pada malam tu Alis tidak boleh melelapkan matanya.

 

Esoknya Zamir bertegas untuk mengikut tanda biji saga yang dijumpai. Dia yakin adiknya yang tabur mengikut ajaran pendaki. Adi dan Zamir bergaduh kerana tak puas Zamir masih mahu mencari adiknya yang hilang.

 

Mulut celupar Adi pantas mengatakan adiknya sudah mati. Zamir mengamuk lalu dia tinggalkan yang lain dan kabus serta angin kencang muncul lagi. Mereka terpisah juga akhirnya.

 

Kali ini kita dapat lihat bagaimana episod ini banyak bermain dengan kabus. Kabus yang bukan sahaja mengaburi pandangan dan menyesatkan. Namun kabus ini juga mangaburi minda akal dan juga fikiran.

 

Episod ini juga memberikan kita pengenalan lebih mendalam tentang watak Alis. berbeza dengan rakan-rakan yang lain yang perlu melalui memori dosa silam sendirian, Alis diberikan peluang untuk melalui bersama Malia. Dengan malia dia cerita dan luahkan segala galanya.

 

Hubungan antara watak-watak juga dilihat semakin rapat dan ada antara mereka sudah mula percaya dan hargai persahabatan yang mereka ada dalam episod terbaru ni.

 

Tonton episod terbaru Nenek Bongkok Tiga setiap hari Khamis di dalam aplikasi Viu hari ini!

Tonton Sekarang

 

 

By |2023-02-21T07:21:02+07:00February 21st, 2023|Drama, Drama Melayu, Highlight VIU Shows|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment