Hero Si Bapa Dalam Sebuah Penculikan

Filem ini menceritakan Su-hyuk (lakonan Jung woo-sung), bekas ahli kumpulan samseng yang dibebaskan selepas 10 tahun penjara bagi pihak bosnya Eungkook (Park Sung-woong). Dia kemudian mendapat tahu bahawa dia adalah bapa kepada seorang gadis.

 

Su-hyuk mahu memutuskan hubungan dengan sindiket jenayah. Dia mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan anak perempuannya, tetapi anak buah Eungkook bernama Sung-jun (Kim Jun-han) telah mengupah seorang pembunuh profesional bernama Woo-jin (Kim Nam-gil), untuk membunuhnya.

 

 

Di sebalik keinginannya untuk menjalani kehidupan normal, Su-hyuk sekali lagi diheret kembali ke dunia keganasan apabila isterinya meninggal dunia dalam kemalangan kereta dan anak perempuannya diculik oleh rakan sekerja Woo-jin yang bernama Jina (Park Yu-na).

 

Mengikuti jalan cerita yang sarat klise pada bahagian awal, filem ini tetap memaparkan aksi berani dan gempak sewaktu Su-hyuk memulakan perjalanan berbahaya untuk mendapatkan kembali anak perempuannya.

 

 

Lelaki yang sedang marah itu kemudian menjadikan pembunuh upahan sebagai tebusan. Kemudian dia melawan sekumpulan samseng sambil mengelak peluru! Dalam satu babak, kereta BMW lama milik hero melepasi letusan bom dalam terowong seperti seorang hero yang kebal.

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem Korea penuh aksi meletup-letup ini melalui aplikasi rasmi Viu Malaysia!

Tonton Sekarang
By |2023-11-29T23:14:48+07:00November 29th, 2023|Filem, Filem Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment