Kekalutan Dan Kecelaruan Dalam Mencari Bapa

Filem The Childe ini mengisahkan tentang Marco Han yang merupakan seorang peninju berketurunan campuran. Bapanya dari Korea dan ibunya berasal dari Filipina. Marco tinggal bersama ibunya yang sakit di Filipina.

 

Marco telah lama mencari ayahnya untuk membayar pembedahan ibunya yang sakit itu, tetapi tidak pernah berjaya untuk menemuinya. Usaha dia sebelum ini sering gagal dan menemui jalan buntu.

 

 

Selepas suatu pergaduhan dengan kumpulan samseng menyebabkan dia dimasukkan ke hospital, seorang peguam mendekatinya, mendakwa mewakili bapanya. Ini seperti suatu sinar harapan untuk dia menemui bapa yang telah lama dicari

 

Marco perlu terbang ke Korea bagi meneruskan pencariannya itu. Kemudian sewaktu di dalam pesawat menuju ke Korea, dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang membuatkan dia rasa tidak selesa sepanjang penerbangan.

 

 

Setibanya di Korea Selatan, Marco telah diserang hendap oleh seorang pembunuh upahan yang hanya dikenali sebagai “Nobleman”. Dia adalah lelaki yang sama yang ditemuinya sewaktu di dalam pesawat!

 

Lebih memburukkan keadaan, dia mendapati bahawa dia juga sedang dikejar oleh sekumpulan individu yang sangat berbahaya.

 

 

Dan banyak lagi kekecelaruan yang menjadi kesulitan bertimpa-timpa berlaku kepada Marco di dalam usaha dia mencari bapa kandungnya itu.

 

Filem yang penuh aksi yang mendebarkan bertajuk The Childe dari Korea ini boleh ditonton hari ini di dalam aplikasi Viu!

Tonton Sekarang
By |2023-11-29T23:20:54+07:00November 29th, 2023|Filem, Filem Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment