Kebangkitan Semula Juara Bola Keranjang!

Pernah menjadi sekolah bola keranjang yang terkenal, Sekolah Menengah Jungang telah hampir menutup program bola keranjang selepas bertahun-tahun prestasi buruk dan tiada perubahan.

 

Berbeza sekali dengan Sekolah Menengah Yongsan yang terkenal di Seoul, yang sentiasa memburu pemain tempatan selama bertahun-tahun.

 

 

Alumni dan bekas bintang Kang Yang-hyeon dibawa masuk sebagai ketua jurulatih baharu, tetapi pelantikannya mencetuskan ramai pemain untuk keluar kerana mereka enggan bermain di bawah jurulatih yang masih tidak dikenali.

 

Namun akhirnya, dia berjaya juga mengekalkan pemain yang agak tinggi yang bakal menjadi bintang bernama Jun-young. Kemudian dia mencari siapa sahaja pemain yang ada di gelanggang dan berjaya mengumpul enam pemain.

 

Masalah masih tetap ada, kerana dua bintang harapan yang dia ada Gyoo-hyeok, seorang yang kelihatan seperti samseng dengan pergelangan kaki yang kurang baik, dan juga Gi-beom yang merupakan ketua pasukan pasukan itu sentiasa bertengkar.

 

 

Sebelum ini kita disajikan dengan filem Korea bertemakan sukan bertajuk Countdown. Kini Viu menambah satu lagi konten filem dengan tema sukan bola keranjang pula.

 

Filem Rebound ini bintangi oleh Lee Sin Young, Ahn Jae Hong dan juga Jeong jinwoon. Barisan pelakon berbakat dan menyerlah sama seperti watak yang mereka bawakan.

 

Saksikan filem Rebound secara rasminya di dalam platform streaming Korea kegemaran lokal Viu Malaysia!

Tonton Sekarang
By |2023-10-31T17:08:06+07:00October 31st, 2023|Filem, Filem Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment