Dua Jejaka Berbaju Melayu Dan Berjalan-Jalan Di Korea

Sekiranya anda merupakan seorang yang suka menonton K-variety show, rancangan variety Runway In Seoul ini memang untuk anda!

 

Walaupun ini bukanlah rancangan K-variety namun yang menariknya rancangan ini diadakan di Korea. Dengan menggunakan khidmat dua host yang kacak iras-iras muka pelakon Korea iaitu Meerqeen dan Nadhir.

 

 

Dalam rancangan ni Meerqeen dan Nadhir akan diberikan task oleh Blimey di setiap episod. Jadinya, setiap episod pasti ada la task atau challenge berbeza-beza yang mereka perlu selesaikan.

 

Pelbagai halangan dan rintangan namun telatah dan gaya mereka berdua menghadapi setiap task yang diberikan pasti menarik minat anda dan sudah tentunya menghiburkan untuk ditonton setiap minggu.

 

Antara task yang paling menarik adalah task di dalam episod 3. Di dalam episod ini mereka berdua perlu memakai Baju Melayu dan berjalan-jalan di bandar Korea. Kemudian mereka perlu mencari orang Korea yang kenal dengan pakaian budaya kebangsaan kita ini.

 

 

Selain dari itu Meerqeen dan Nadhir tidak lupa untuk mengajar sedikit sebanyak serta memperkenalkan kepada orang-orang ramai tentang pakaian tradisi kita. Episod ini memang terbaiklah!

 

Yang lebih istimewanya lagi apabila mereka terserempak dengan seorang gadis Korea yang memakai jaket dengan logo bendera Malaysia! Apabila diselidik rrupa-rupanya gadis itu pernah belajar di Malaysia. Malah dia mampu untuk bercakap dalam bahasa Melayu dengan fasih. Daebak!

 

Anda jangan lepaskan peluang menonton Runway In Seoul dalam aplikasi Viu!

Tonton Sekarang
By |2023-01-13T06:12:28+07:00January 13th, 2023|Lifestyle, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment