Kisah Genius Mencuri Hak Mengubah Taraf Status!

Di dalam dunia yang penuh pancaroba ini apa yang penting adalah wang ringgit dan cable atau connection. Tanpa semua itu pastinya sukar untuk bersaing dan maju lebih tinggi.

 

Siri Get Rich ini mengisahkan tentang Rose. Seorang gadis dengan gred pendidikan yang cemerlang dan juga kemahiran olahraga. Kisah bermula apabila Rose diberikan biasiswa penuh di Sekolah bernama Sudruthai School atau SDBR.

 

Sudruthai School terkenal dengan tahap dan level yang sangat berprestij. Sekolah tersebut mempunyai rangkaian yang sangat kukuh.

 

Apabila Rose mula mendaftar dan belajar Sudruthai School, dia mengetahui suatu hakikat yang perit bahawa Wang adalah satu-satunya perkara yang akan membawanya ke tempat yang lebih tinggi. Di dalam sekolah ini dan juga di dalam dunia semuanya hanya mementingkan wang.

 

Lily seorang pelajar popular yang dilihat sebagai seorang ratu di sekolah kerana wujud sokongan dari bapanya sebagai ahli jawatankuasa. Kelebihan dia adalah ibu bapanya yang terkemuka di sekolah itu.

 

 

Berbeza dengan Rose, seorang pelajar dengan bantuan kewangan yang membiyai pengajiannya di situ. Rose akhirnya mendapati dirinya berada di bahagian bawah rantai makanan.

 

Dengan bantuan Serf yang pendiam namun ternyata seorang pelajar genius, Rose memutuskan untuk meningkatkan taraf dirinya dan mahu mencuri segalanya.

 

Boo pula seorang atlet Taekwondo gila yang diupah oleh Lily untuk mengintip Rose. Walau bagaimanapun, dia secara beransur-ansur telah tidak sengaja jatuh cinta kepada Rose dan akhirnya turut membantunya.

 

Siri ini merupakan buah tangan Pairach Khumwan seorang pengarah yang pernah memenangi anugerah. Pengarah kepada sebuah filem seram popular Thailand bertajuk Siam Square yang dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Udine Far East di Itali.

 

Siri ini mempunyai vibe yang hampir serupa dengan Bad Genius. Sebuah filem Thailand paling popular di Asia dan kini juga telah dijadikan sebuah series.

 

Dilakonkan oleh barisan pelakon mantap seperti Minnie Phantira Pipityakorn, Tonhon Tantivejkul, Non Sadanon Durongkaveroj dan Ray Venita Loywattanakul.

 

Siri ini akan mula ditayangkan pada 5 Julai 2023. Tonton kesemua 16 episod siri Get Rich, hanya did alam aplikasi Viu!

By |2023-05-27T04:48:20+07:00May 27th, 2023|Coming Soon, Drama, Drama Thailand, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment