Sebuah Perkahwinan Penuh Konstroversi Yang Meragukan!

Serial Marriage With Benefits ini menceritakan tentang watak bernama Gea. Dia merupakan seorang jurusolek dan pereka pakaian.

 

Kisah hidupnya bermula dengan kisah sedih apabila ibu dan bapanya bercerai. Ditambah pula dengan Gea yang baru sahaja dibuang oleh tunangnya.

 

Gea tahu dia perlu menguburkan segala impiannya terhadap pentas berprestij Broadway, dan dia perlu kembali ke Indonesia.

 

Di Indonesia dia bekerja di sebuah stesen TV. Di stesen TV itulah dia bertemu dengan lelaki bernama Aksan. Seorang pembaca berita yang riuh rendah. Aksan cuba menutup hubungan skandalnya dengan Sonya, isteri seorang ahli politik terkenal.

 

 

Ketika media mula mendapat akses terhadap berita yang sedang hangat itu, Aksan terpaksa mengumumkan bahawa Gea ialah bakal isterinya. Dia berjanji untuk membantu membina semula kehidupan Gea.

 

Namun dalam perkahwinan unik mereka berdua ini, wujudnya suatu tarikan. Masing-masing mempunyai tarikan di atas kelebihan masing-masing yang membuatkan mereka mulai jatuh cinta. Namun begitu dalam hati mereka tetap menyimpan banyak keraguan antara satu sama lain.

 

Serial Marriage With Benefits ini berdasarkan sebuah novel dan adaptasi dari laman Wattpad. Pelakon utamanya Jessica Mila mempunyai pengaruh media sosial sangat yang kuat. Dia mempunyai 22 Juta pengikut di laman sosial Instagram.

 

Manakala pelakon Abimana pula merupakan seorang yang amat dikenali di Indonesia. Ini kerana dia pernah melakonkan watak Gundala, sebuah filem superhero pertama di Indonesia.

 

Siri ini akan mula ditayangkan bermula 2 Jun 2023. Tonton kesemua 10 episod siri Marriage With Benefits, hanya di dal

am aplikasi Viu!

By |2023-05-27T04:10:25+07:00May 27th, 2023|Coming Soon, Drama, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment