Kisah Percintaan Luka Masa Lalu Yang Menyemarak!

Rose berusaha untuk menebus dosa masa lalunya dengan membina semula keluarga yang dia telah kehilangan. Sepanjang perjalanan liku-liku hidup dan cabaran, dia bertemu dan jatuh cinta dengan Renz.

 

Sama sepertinya, Renz juga mempunyai jiwa yang sama terluka. Renz membantunya untuk sembuh daripada luka masa lalunya.

 

Walau bagaimanapun, Rose akhirnya meninggalkan Renz. Dia takut bahawa diadalah punca yang akan menyebabkan Renz sakit. Setahun kemudian, mereka bertemu semula hanya untuk mengetahui bahawa Renz sudahpun menjalin hubungan dengan Alex.

 

Alex adalah seorang wanita yang tidak sama seperti Rose. Dia sanggup memperjuangkan cintanya untuk Renz. Hubungan ini menjadi semakin rumit apabila perasaan cinta antara Rose dan Renz kelihatan seperti kembali bercambah.

 

 

Apakah yang akan Rose lakukan apabila api perasaan dan gelora cinta antara dia dan Renz yang seakan sudah kembali menyemarak? Dan bagaimana jika dalam pencariannya untuk mencari segala pengampunan masa silam, dia akhirnya melakukan lebih banyak kesilapan.

 

Ini termasuklah juga dengan menyakiti orang yang paling penting dalam hidupnya. Konflik inilah yang diceritakan dalam kisah antara Rose dan Renz di dalam siri menarik dari Philippine bertajuk Unbreak My Heart ini.

 

Siri ini merupakan pertama kali dalam sejarah hasil gabungan produksi 2 pengeluar konten terbesar di Filipina. Ini telah menjadikan siri Unbreak My Heart sebuah siri yang dinanti-nantikan oleh fandom kedua-dua pengeluar konten ini.

 

Pelakon utama siri ini merupakan pemenang Anugerah Akademi Kreatif Asia 2022, Jodi Sta. Maria. Dia memenangi anugerah untuk siri Viu bertajuk The Broken Marriage Vow, yang merupakan kejayaan besar dalam platform tersebut.

 

Siri ini akan mula ditayangkan pada 27 Mei 2023. Tonton kesemua 100 episod siri Unbreak My Heart, hanya di dalam aplikasi Viu!

 

Tonton Sekarang
By |2023-05-28T11:14:33+07:00May 27th, 2023|Coming Soon, Drama, Serial|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment