Kisah Cinta Dan Komedi Yang berlaku di Cafe ½ didalam Tales At The Corner

Kisah Tales At The Corner adalah sebuah mini siri original Viu dari Hong Kong hasil dari arahan pengarah Judy Chu.

 

Tales At The Corner ini dibarisi oleh Renci Yeung, Ng Siu Hin, Yanny Chan, Kathy Yuen, Angus Yeung, dan ramai lagi.

 

Setiap episode hanya berdurasi 10 minit sahaja. Total siri dari Hong Kong ini adalah 10 episod kesemuanya, dimana setiap episod menampilkan tentang kisah – kisah yang berlaku di kafe tersebut.

 

Mengisahkan Joyce lakonan Renci Yeung membuka sebuah kafe kecil di Tai Hang, di jalan Wun Sha di Hong Kong. Kafe ini diberi nama Cafe ½ yang menyajikan pelbagai jenis air kopi. Setiap air kopi yang dibuat oleh Joyce sangat sedapq kerana dibuat dengan sangat teliti.

 

 

Di Cafe ½ siapa – siapa yang mahu mencari sahabat dengan orang asing perlu mendaftar menjadi ahli Coffee And Friends atau dikenali sebagai C&F di kafe tersebut.

 

Seorang pelanggan tetap kafe Joyce cuba berkenalan dengan Joyce iaitu Terry lakonan Angus Yeung. Terry cuba mendekati Joyce dengan pelbagai cara tetapi cubaannya itu sering gagal kerana Joyce cuba tidak bercinta lagi agar dirinya tidak terluka lagi.

 

Disebabkan Terry telah menjadi Ahli C &F, dia telah berkenalan dengan sorang wanita yang juga salah seorang ahli C &F. Dalam masa yang singkat perkenalan antara mereka semakin rapat dan bibit – bibit cinta mula mekar antara Terry dan Sylvia. Disebabkan kejayaan hubungan antara Terry dan Sylvia, Cafe ½ menjadi tular dan ramai yang ingin menjadi ahli C&F di kafe itu.

 

Akan tetapi Joyce tidak mahu kafenya itu tempat mencari jodoh. Joyce telah memuat naik satu hantaran di laman sosial kafenya yang menyatakan mereka tidak membuat khidmat mencari jodoh.

 

Seorang pelanggan lelaki telah datangke kafe Joyce. Pada mulanya Joyce menganggap lelaki ini salah seorang lelaki ingin menjadi ahli C&F tetapi dia hanya mahu duduk dan minum kopi di Kafe Joyce. Joyce menarik nafas lega kerana dia tidak perlu berhadapan dengan orang yang sedang mencari jodoh.

 

Dari permerhatian Joyce lelaki ini sangat pelik kerana setiap perempuan yang berjumpa dengannya akan meninggalkan lelaki itu dengan marah. Rupa – rupanya lelaki tersebut adalah seorang yang diupah untuk memutuskan hubungan. Marco telah melakukan perkhidmatannya di kafe milik Joyce.

 

Joyce telah menyaksikan ramai yang telah menerima perkhidmatan dari Marco termasuklah Terry dan kawan baik Joyce sendiri iaitu Molly lakonan Yanny Chan.

 

 

Pada pendapat Joyce perkhidmatan yang dilakukan oleh Marco sangat kejam dan sangat mementingkan diri. Molly memberi Joyce idea untuk menghalau Marco dari melakukan perkhidmatannya di kafe milik Joyce.

 

Apakah yang akan Joyce rancangkan untuk menghalau Marco dari membuat perkhidmatannya di Cafe ½ ? Anda boleh saksikan kisah – kisah romatis dan komedi yang bakal berlaku di Cafe ½ didalam drama bersiri Tales At The Corner di laman penstriman eksklusif Viu

 

Tonton Sekarang

 

Tonton Sekarang

 

By |2023-12-15T19:21:50+07:00December 15th, 2023|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment