Konflik Antara Lee Ro Um & Han Moo Young Dalam Delightfully Deceitful

Lee Ro Um (Chun Woo Hee) dan Han Moo Young (Kim Dong Wook) dalam drama siri Korea Selatan Delightfully Deceitful adalah dua watak yang mempunyai keperibadian yang sangat berbeza. Lee Ro Um yang dipenjarakan selama 10 tahun kerana dituduh membunuh ibu bapanya dibebaskan oleh Han Moo Young.

Han Moo Young membebaskannya kerana rasa empatinya yang sangat tinggi terhadap Lee Ro Um. Lee Ro Um dengan perangai dan perwatakan yang sangat dingin bertemu dengan Han Moo Young yang mempunyai rasa empati berlebihan, situasi ini tentu sahaja membuatkan mereka berdua terpaksa berhadapan dengan konflik. Berikut ini merupakan tujuh konflik yang wujud di antara kedua-dua watak utama ini:

  • Pada awal pertemuan mereka, Lee Ro Um dan Han Moo Young sudah tidak mempunyai keserasian dari segi pemikiran dan juga sudut pandangan

  • Lee Ro Um dan Han Moo Young seringkali bertegang urat dan tidak sependapat mengenai penyelesaian sesuatu kes kejahatan yang mereka hadapi

  • Han Moo Young dengan sukarela menawarkan diri untuk menjadi peguam Lee Ro Um. Namun, ditolak oleh Lee Ro Um kerana dia tidak menyukai cara Han Moo Young berfikir

  • Han Moo Young memarahi Lee Ro Um kerana bertindak melulu yang dapat membuatnya kembali ke penjara

  • Sewaktu Han Moo Young menangani kes polisi insuran, Lee Ro Um telah menipu pesalah sebenar hingga membuatkan Han Moo Young marah

 

  • Sewaktu Lee Ro Um membawa wang penipuan ke rumah Han Moo Young, mereka bertengkar lagi kerana ternyata wanita itu tidak memikirkan kesan atas perlakuannya

  • Ketika Han Moo Young membohongi Lee Ro Um dengan mengatakan bahawa dia telah menghubungi pihak polis sewaktu menjalankan rancangannya, Lee Ro Um sangat marah

Konflik yang terjadi antara Lee Ro Um dan Han Moo Young selalu terjadi kerana mereka mempunyai perbezaan sikap yang sungguh jauh. Namun, seiring berjalannya waktu mereka akhirnya bekerja sama untuk menghancurkan Yayasan Jeokmok yang merupakan organisasi kejahatan yang pandai berselindung. Bagaimanakah hubungan mereka seterusnya? Jangan lupa tonton drama Delightfully Deceitful di platform striming Viu!

 

 

Tonton Sekarang

 

 

By |2023-06-29T08:13:48+07:00June 29th, 2023|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment