Misteri Pelajar Perempuan Dan Hubungan Antara Trin Menjadi Tanda Tanya Didalam Shadow Bahagian 2

Didalam Shadow bahagian kedua ini imbas kembali pada tahun 1998 dimana Trin telah berjumpa dengan Anurak untuk berhenti mengambil ubat – ubatan yang telah diambilnya selama bertahun – tahun. Walaupun ditentang oleh Anurak Trin tetap berdegil untuk berhenti mengambil ubat serta – merta.

 

Kembali kepada kejadian pergaduhan antara Dan dan Anan, Anurak meminta mereka bersumpah untuk menjauhi sesama mereka dan tidak bergaduh lagi supaya hal pergaduhan mereka berdua dapat kekal dirahsiakan oleh pihak sekolah.

 

 

Ketika Dan dan Nai sedang melukis di gereja, Dan disapa oleh jururawat yang merawatnya ketika cedera semasa bergaduh dengan Anan iaitu Cik Kammon.

 

Nai menceritakan kisah Cik Kammon kepada Dan dimana Cik Kammon mempunyai seorang anak perempuan yang sering membantu ibunya dibilik rawatan sekolah mereka. Malangnya pada suatu hari anak perempuan Cik Kammon dijumpai tergantung mati disebatang pokok besar yang berada di kawasan belakang sekolah. Nai menyatakan lagi bahawa tiada siapa pun yang pernah berbual dgn pelajar perempuan itu selain Trin.

 

 

Nai juga memberitahu Dan, setelah kematian pelajar perempuan itu keadaan Trin semakin teruk. Trin di panggil oleh Anurak setelah keadaan mentalnya semakin memburuk. Disitu Dan mengetahui bahawa Trin salah seorang pesakit Anurak. Dan merasakan bahawa Anurak jugak ada menyimpan rekod kesihatan Trin.

 

Malam itu atas bantuan Josh mereka menyelinap masuk ke pejabat Anurak untuk mencari rekod tentang Trin. Hampir sahaja mereka bertiga tertangkap oleh Anurak. Mujur sahaja tidak berlaku.

 

Didalam bilik mereka, Dan, Nai, dan Josh membaca rekod tersebut. Disitu mereka mengetahui bahawa Trin mempunyai seorang kawan baik. Josh menyatakan bahawa Trin tidak mempunyai ramai kawan. Siapakah kawan baik Trin sebenarnya.

 

 

Keesokkan harinya, semasa Josh, Nai, dan Dan berbual Dan ternampak seorang pelajar perempuan. Dan mengikut pelajar itu ke sebuah pokok besar di belakang sekolah. Tiba – tiba pandangan Dan gelap. Nai dan Josh mengejar Dan terkejut menyaksikan keadaan Dan seperti tergantung. Mujur sahaja Dan sedar dari keadaan itu dan jatuh ketanah semula.

 

Josh yang tidak memahami apa – apa masih tertanya – tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Dan menceritakan apa yang berlaku dan Nai menyatakan bahawa pelajar perempuan yang Dan ikut itu adalah anak perempuan Cik Kammon. Nai merasa tidak sedap hati apabila Dan dapat melihat hantu sebenar, dan perkara itu bukanlah perkara yang baik untuk Dan.

 

Dan masih memikirkan kejadian yang telah berlaku keatasnya dan tentang rekod perubatan Trin. Ketika itu Nai menyerahkan sebuah kaset yang mempunyai rekod perbualan antara Trin dan Anurak ketika sessi kaunseling.

 

Apakah isi yang ada didalam kaset tersebut? Kenapa roh anak perempuan Cik Kammon mengganggu Dan? Anda boleh menonton Shadow di laman penstriman Viu

 

Tonton Sekarang

 

Tonton Sekarang

 

 

 

By |2023-12-14T16:51:16+07:00December 16th, 2023|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment