Perangai ‘Gila-Gila’ Kim So Hyun & Hwang Minhyung Ceriakan Set My Lovely Liar

My Lovely Liar adalah siri Viu Original terbaru yang memaparkan tentang misteri dan sisi romantik seorang gadis yang boleh mengesan penipuan dan seorang produser muzik yang genius yang sedang menyembunyikan identitinya. Kim So Hyun akan membawa watak sebagai Mok Sol Hee yang mempunyai kebolehan supernatural untuk mengesan segala pembohongan dan penipuan, kebolehannya itu menyebabkan Mok Sol Hee sukar untuk mempercayai semua orang disekelilingnya. Sementara itu Hwang Minhyun pula membawa watak sebagai jiran Mok Sol Hee yang sangat pasif dan tidak suka bergaul yang dikenali sebagai Kim Do Ha. Kim Do Ha perlu menyembunyikan wajahnya daripada semua orang kerana sebuah rahsia yang ingin disembunyikan.

 

Beberapa gambar di set penggambaran My Lovely Liar menunjukkan dengan jelas bahawa kedua-dua pelakon ini memang serasi berlakon bersama. Mereka kelihatan tersenyum dan seronok bekerjasama. Tidak seperti watak Mok Sol Hee yang sinikal, Kim So Hyun berjaya menceriakan suasana di set penggambaran dengan senyuman manis dan keramahannya. Sama juga dengan Hwang Minhyun yang nampaknya berjaya membawa aura dan tenaga yang menyegarkan di set penggambaran. Dalam gambar yang dikongsikan pasukan produksi, kedua-dua pelakon utama My Lovely Liar kelihatan beraksi comel dengan Kim So Hyun beraks menunjukkan tanda ‘V’ manakala Hwang Minhyun kelihatan tersenyum lebar disebelahnya. Kedua-dua pelakon ternyata berjaya membawa atmosfera dan suasana ceria di set penggambaran dan jelas menunjukkan keserasian mereka yang ‘gila-gila’ sewaktu bersama.

Pengarah siri Viu Original ini iaitu Nam Sung Woo mendedahkan bahawa dia memberi fokus utama untuk elemen romantik bagi kedua-dua watak utama. Dia menambah lagi,

 

Cerita ini mengenai seorang wanita, yang menganggap kebolehannya adalah sebagai satu sumpahan telah berjumpa dengan seorang lelaki yang benar-benar memerlukan kebolehan supernatural wanita tersebut. Akhirnya mereka berdua bekerjasama untuk menyelamatkan antara satu sama lain, sangat menarik! Proses antara Mok Sol Hee dan Kim Do Ha untuk saling mengenali adalah sangat manis dan menarik. Kami cuba menyampaikan suasana dan perasaan kedua-dua watak utama dalam cerita ini supaya para penonton dapat merasakan tarikan emosi yang sama.”

 

My Lovely Liar bakal ditayangkan secara perdana pada 31 Julai 2023 pada pukul 9.15 malam di platform striming ada Viu. Episod baru akan disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa. Jangan lupa menonton!

Tonton Sekarang

 

By |2023-07-31T14:17:27+07:00July 31st, 2023|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment