Merungkai Misteri kehilangan Pelajar Sekolah Dan Kewujudan Lembaga Hitam Dalam Shadow

Shadow adalah sebuah drama bersiri Viu Original hasil arahan Ark Saroj Kunatanad. Drama bergenre psycho thriller dan horror ini mempunyai 14 episode kesemuanya.

 

 

Shadow dibintangi pelakon – pelakon muda dari Thailand yang sedang meningkat naik seperti Singto Prachaya Ruangroj, Fluke Natouch Siriponhthon, Fiat Patchata Janngeon, Poon Mitpakdee, Utt Uttsade Panichkul, dan ramai lagi.

 

Drama bersiri ini telah mendapat sambutan hebat dari penonton kerana plotnya yang sangat unik dan segar. Bukan setakat itu sahaja, penonton juga memberikan pujian terhadap pelakon – pelakon muda yang berani melakonkan watak – watak mereka yang kadangkala terlalu berat untuk dilakonkan.

 

Episode drama ini juga mempunyai dua bahagian, dimana bahagian pertama telah ditayangkan pada oktober yang lalu. Bahagian keduanya pula bakal ditayangkan pada bulan disember tidak lama lagi.

 

Shadow mengisahkan seorang pelajar lelaki yang bernam Dan lakonan Singto Prachaya Ruangroj yang baru sahaja berpindah masuk kesekolah katolik lelaki iaitu sekolah Saint Lawrence.

 

 

Pada hari pertama Dan telah menjadi bahan perbualan pelajar – pelajar disekolah itu setelah Dan memilih untuk duduk di kerusi milik seorang pelajar yang telah hilang secara misteri di tasik sekolah itu.

 

Walaupun kehilangan pelajar tersebut setahun telah berlalu, kejadian itu masih menjadi buah mulut semua pelajar di sekolah Saint Laurent. Pelbagai spekulasi dan khabar angin yang telah tersebar sejak kehilangan pelajar tersebut.

 

Dan pindah kesekolah katolik itu sebenarnya adalah mempunyai masalah dengan mimpi semasa tidurnya. Seorang “Brother” disitu adalah seorang ahli psikologi, Brother Anurak sering membantu Dan untuk menyelesaikan masalah tidurnya itu. Sebelum masuk kesekolah itu, Dan telah mengenali Brother Anurak yang telah membantu mendiang ibu Dan yang mengalami masalah psikologi. Dan sering mengalami kelumpuhan tidur dan bermimpi melihat lembaga hitam sering mengganggunya.

 

 

Selepas berpindah ke sekolah katolik itu, keadaan Dan semakin teruk. Dan kerap bermimpi lembaga hitam dan mengalami kelumpuhan tidur walaupun sudah mengambil ubat atas seranan Brother Anurak.

 

Perkenalan Dan dan Nai telah menjadi titik penting dalam kehidupan Dan dimana Nai mempunyai kebolehan melihat entiti yang tidak wujud di dunia nyata. Dan yakin lembaga hitam yang sering mengganggu hidupnya itu bukan wujud dalam mimpinya semata – mata. Dan percaya bahawa lembaga hitam tersebut adalah roh pelajar yang hilang di tasik sekolah mereka.

 

 

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada pelajar tersebut? Dapatkah Dan dan Nai merungkai misteri kehilangan pelajar tersebut?

 

Anda boleh menonton siri Original Viu Shadow ini hanya di laman penstriman eksklusif Viu

 

 

Tonton Shadow Disini

 

Tonton Sekarang
By |2023-12-06T17:01:17+07:00December 6th, 2023|News|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment