5 Fakta Menarik Now, We Are Breaking Up

WATAK PENCINTA FESYEN

 

Watak yang bakal dilakonkan oleh Song Hye-kyo, Ha Young- eun merupakan seorang yang dilihat trendy, pintar dan juga seorang yang realist. Boleh dikatakan watak ini seperti tidak jauh dengan sifat dan penampilan pelakon tersebut yang sangat pandai berfesyen. Wataknya itu juga seorang pengurus sebuah pasukan pereka fesyen di bawah syarikat yang bernama The One.

 

 

Mereka dikhabarkan bakal menjadi duta antarabangsa pertama jenama Fendi di Korea Selatan. Selain itu mereka akan menampilkan jenama-jenama popular lain seperti Chaumet dan Bottega Veneta. Jadi kita boleh jangkakan pelbagai gaya menarik yang sangat stylish.

 

Baca Juga Artikel Jurang Bayaran Pelakon Perempuan dan Lelaki Song Hye-kyo Song Hye-kyo dibayar 200 Juta

HERO PENUH KARISMA

 

Dari seorang model kepada seorang pelakon, Jang Ki-yong bakal membawa watak lelaki utama di samping Song Hye-kyo. Seorang pelakon kacak yang stylish, Jang mula mendapat perhatian ramai melalui watak lakonannya di dalam Go Back.

 

 

Couple pada tahun 2017 dan My Mister pada tahun 2018. Karier lakonannya semakin berkembang apabila dia mendapat watak utamanya yang pertama di dalam Come and Hug Me di tahun yang sama. Pelakon tersebut semakin menyerlah dengan satu demi satu siri drama yang menampilkan lakonannya seperti Search: WWW (2019), Born Again (2020) dan yang terbaru My Roommate is a Gumiho (2021).

 

 

Watak barunya di dalam drama ini berkemungkinan menjadi batu lonjatan terbesar buatnya. Memainkan watak bernama Yoon Jae-Guk, dikatakan seorang jurugambar kaya dan terkenal yang sudah tentu berwajah kacak serta bijak.

 

BARISAN BINTANG TERNAMA

 

Barisan bintang-bintang ternama di dalam drama lakonan Song Hye-kyo bukanlah sesuatu yang baru. Siri Now, We are Breaking Up ini juga tidak terkecuali.

 

 

Choi Hee-seo dari Mistress (2018) dan Stranger 2 (2020) bakal melakonkan watak bernama Hwang Chi-sook, Bekas rakan sekolah kepada watak Ha Young-eun dan juga seorang pengarah sebuah syarikat pasukan pereka fesyen.

 

Kim Joo-heon pula dari siri It’s Okay to Not Be Okay (2020) dan juga Start-up (2020) bakal menggalas watak Seok Do- hoon, seorang CEO dan PR yang sangat berpengalaman.

 

 

Dua bintang K-Pop bakal menyinari siri ini termasuklah Sehun dari kumpulan EXO sebagai watak seorang pereka fesyen yang masih baru, bekerja bersama watak lakonan Song dan juga Yura dari kumpulan Girl’s Day sebagai watak selebriti terkenal yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

 

Dilaporkan bahawa pada bulan November 2020 dua watak tersebut ditawarkan kepada Soo Ae dan juga Yoo Teo namun mereka menolak tawaran tersebut.

 

 

TRAILER SUNGGUH MENGUJA

 

Pada bulan Oktober trailer drama Now, We Are Breaking Up ini diterbitkan. Dari situ kita boleh melihat sedikit gambaran bagaimana kehidupan watak Ha Young-eun di dalam industri fesyen. Dia dilihat memarahi seseorang dan menerangkan apa ertinya meniru bagi seorang pereka fesyen.

 

Kemudian dia bertembung pula dengan watak Yoon Jae-guk seorang jurugambar yang menunjukkan minat terhadapnya. Dia berkata, “kita mungkin sudah pernah bertemu” dan watak lakonan Song Hye-kyo memberi balasan yang kurang enak dan kelihatan sedikit menyampah.

 

Anda boleh tonton trailer penuh melalui pautan di bawah.

POSTER MENDEBAR JIWA

 

Song Hye-kyo dan Jang Ki-yong menunjukkan kepada kita keserasian mereka berdua yang tidak dapat disangkal lagi di dalam poster rasmi Now, We Are Breaking Up.

 

Mereka berdua berhadapan dan bertentangan wajah dengan begitu rapat sekali. Hidung mereka berdua sedikit bersentuhan. Kedua mereka dilihat sangat intim di dalam poster tersebut.

 

 

Bagaimana? Adakah 5 sebab yang kami beri ini cukup untuk menarik perhatian anda untuk tonton KDrama Now, We Are Breaking up?

 

Jangan lupa untuk tonton secara rasmi di aplikasi VIU!

 

 

Tonton Sekarang

 

By |2022-01-10T11:21:18+07:00November 29th, 2021|Beauty, Drama, Drama Korea, Fashion, Lifestyle, News|1 Comment

About the Author:

One Comment

  1. […] Baca juga 5 fakta menarik drama Now We Are Breaking Up […]

Leave A Comment