Lakonan Kim Soo Hyun Mendapat Perhatian Ramai

Kim Soo Hyun telah mendapat perhatian penonton kerana kemahiran lakonan luar biasanya di dalam terbarunya “One Ordinary Day”  tidak dapat disangkal Kim Soo Hyun adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Korea. Pada tahun 2012 hingga 2016, dan pada 2021 dia telah muncul di dalam senarai “Forbes Korea Power Celebrity 40” 

 

Pada 27 november lalu. OSEN telah melaporkan bahawa Kim Soo Hyun membawa kemahiran lakonannya ke tahap yang berbeza dalam drama baharunya “ One Ordinary Day” arahan pengarah Lee Myung Woo

 

Drama “ One Ordinary Day” mengisahkan Kim Hyeon Soo lakonan mantap Kim Soo hyun sebagai seorang pelajar yang telah dituduh membunuh. Dia telah menjadi suspek utama setelah tersilap langkah apabila pada satu malam dia pergi berhibur dengan orang yang tidak dikenali sehingga dia telah terlibat dalam sebuah kes pembunuhan. 

 

Memetik dari kenyataan Kim Seo Hyun ketika ditemuramah  oleh Ten Asia. Kim Seo Hyun  berkata “ saya ingin menampilkan setiap tarikan yang terdapat dari siri asal drama ini iaitu siaran dari BBC “Criminal Justice” dengan cara saya yang tersendiri. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengembangkan dan mengekspresikan watak Kim Hyeon Soo bahawa dia benar – benar tidak bersalah.

 

Tonton Sekarang

By |2022-01-10T11:11:44+07:00December 7th, 2021|Drama, Fashion, Lifestyle|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment