PERISIK CINTA TERBONGKAR! – From Saga With Love Episod Finale

Akhirnya Bianca dapat membina kekuataan untuk meluahkan perasaan dia terhadap Bob! Dengan bantuan dan sokongan moral yang kuat dari pembantu dan sahabat rapatnya, Karma.

 

Sewaktu di taman bunga, hanya Sham seorang sahaja yang ‘blur’ dengan apa yang terjadi. Dia tidak tahu menahu yang Karma menariknya jauh dari Bianca dan Bob untuk memberikan ruang kepada sesi ‘confess’ tersebut.

 

Dia bertambah ‘blur’ bila dapat tahu perkara sebenar kerana yang dia tahu, Bob juga nak confess dengan…Bianca? Bob pun sukakan Bianca?

 

Lalu dia bertanya kepada Karma kerana selama ini dia fikir Karma sukakan Bob. Karma menafikan perkara tersebut. Maka terbitlah senyuman di wajah Sham.

 

Ketika Sham tersenyum sambil melihat kelakuan Karma, Bianca dan Bob memerhati dari jauh. Bianca berkata petang itu sungguh magis kerana bukan mereka sahaja yang berhasil menjadi sebuah pasangan.

 

Kata-kata Bianca membuatkan wajah Bob berubah.

 

 

Nampaknya episod 9 masih belum mampu merungkai dan menyelesaikan konflik percintaan yang timbul diantara empat sekawan ini.

 

Bianca yang sudah meluah rasa semakin berbunga namun Karma pula yang pening kepala memikirkan tentang Sham yang mungkin suka atau tidak sukakan dirinya.

 

Aunty Kathy yang masih mahukan update berkaitan kisah cinta anaknya mula mengajarkan Karma cara untuk mengetahui isi hati seseorang itu.

 

Walau bagaimanapun episod kali ini berakhir dengan keadaan yang bertambah buruk lagi. Anda perlu saksikan From Saga With Love untuk mengetahui pengakiran kisah perisik cinta kita ini.

 

Tonton kesemua episod penuh 1 hingga 10 di dalam aplikasi Viu Malaysia hari ini!

Tonton Sekarang
By |2023-10-31T16:55:55+07:00October 31st, 2023|Drama, Drama Melayu|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment