Siapakah Kang Eun Hwan dalam A Good Day to be A Dog? Ancaman Baru Buat Hae Na!

A Good Day to be A Dog menceritakan tentang kisah Han Hae Na (Park Gyu Young) yang keluarganya disumpah menjadi anjing jika berciuman dengan manusia berlainan jantina. Han Hae Na tanpa sengaja mencium Jin Seo Won (Cha Eun Woo) yang mempunyai fobia kepada anjing. Han Hae Na berusaha dengan berbagai-bagai cara untuk mencium Jin Seo Won semula dalam bentuk kejadian anjing bagi membatalkan sumpahannya.



Pada episod sebelum ini muncul beberapa karakter baru dalam siri Viu Original A Good Day to be A Dog, salah satu watak yang menarik perhatian adalah Kang Eun Hwan (Kim Min Suk). 


  • Kang Eun Hwan adalah kawan sekolah Jin Seo Won



Kang Eun Hwan dan Jin Seo Won permah bersekolah di sekolah yang sama. Kang Eun Hwan juga merupakan pelajar yang membuli Jin Seo Won. Hanya kerana perkara remeh temeh, Kang Eun Hwan memukul Jin Seo Won. Dia juga yang menyebarkan khabar angin bahawa Jin Seo Won mempunyai fobia anjing dan menyebabkan Jin Seo Won selalu diejek-ejek.



 

Akibat kejadian buli tersebut Jin Seo Won mengalami trauma dan merasa rendah diri hingga dia dewasa dan dia masih merasa enggan berkongsi tentang fobia anjing yang dialaminya. 


  • Kang Eun Hwan bekerja sebagai wartawan dan merupakan rakan kerja bekas teman lelaki kakak Han Hae Na



Oh Sang Soo (Lee Seung Joon) adalah bekas teman lelaki Han Yu Na (Ryu Abel). Oleh kerana terlalu percayakan teman lelakinya, Han Hyun Na mencium Oh Sang So dan berubah menjadi anjing. Namun reaksi Oh Sang Soo di luar jangkaan, dia mengejek Han Hae Na sebagai raksasa. 



Oh Sang So juga meminta balasan berupa duit dalam jumlah yang besar untuk menutup cerita tentang sumpahan keluarga Han Yu Na. Kini Oh Sang Soo bekerja sebagai wartawan. Secara kebetulan Kang Eun Hwan merupakan rakan sekerja Oh Sang Soo.


  • Oh Sang Soo kebetulan melihat Han Hae Na dan ingin mengambil kesempatan

 

Di episod 6, Oh Sang Soo tanpa sengaja melihat Han Hae Na yang sedang mengikuti lawatan sekolah. Dia memang pernah bertemu dengan Han Hae Na dan tahu bahawa Han Hae Na juga mendapat sumpahan sama seperti kakaknya. Dari pertemuan itu, muncul fikiran negatif dan rancangan jahat Oh Sang Soo untuk mengambil kesempatan .



Oh Sang Soo yang terikat dengan perjanjian dengan Han Yu Na tidak boleh bertindak sembarangan. Oh Sang Soo kemudian menceritakan rahsia sumpahan tersebut kepada Kang Eun Hwan dan mengajak Kang Eun Hwan untuk membuat liputan mengenainya. Dia mengambil kesempatan ke atas Kang Eun Hwan untuk mengintip Han Hae Na yang merupakan guru di Sekolah Garam.



Pada awalnya Kang Eun Hwan tidak mempercayai kisah tersebut. Kisah manusia yang bertukar menjadi anjing memang terlalu aneh untuk dipercayai. Namun sebagai seorang wartawan, rasa ingin tahu Kang Eun Hwan membuak-buan. Dia berusaha mencari bukti berkaitan perubahan Han Hae Na.



Jin Seo Won yang mengetahui Kang Eun Hwan mengintip dan mengikuti Han Hae Na merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun tidak mengetahui perkara sebenar, Jin Seo Won tetap berusaha untuk melindungi Han Hae Na.



Adakah Kang Eun Hwan berjaya membuktikan kebenaran sumpahan Han Hae Na? Jangan lupa untuk menonton kisah seterusnya siri Viu Original A Good Day to be A Dog di platform striming Viu.

 

 

Tonton Sekarang
By |2023-11-28T19:48:51+07:00November 28th, 2023|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment