Sinopsis Poong, the Joseon Psychiatrist

Poong, the Joseon Psychiatrist merupakan siri televisyen terbaru dari Korea Selatan bergenre perubatan, kostum, jenayah dan misteri. Dibintangi oleh Kim Min-jae, Kim Hyang-gi dan Kim Sang-kyung. Siri ini menonjolkan kisah-kisah tentang pakar psikiatri di Joseon yang diarahkan oleh Park Won Gook.

 

Poong, the Jaseon Psychiatrist adalah berdasarkan novel dengan tajuk yang sama pernah memenangi Anugerah “Excellence Award” bagi pertandingan “Korea Story Contest” pada tahun 2016.

 

Siri yang hanya mempunyai 12 episod sahaja ini telah mula ditayangkan di tvN pada 1 Ogos 2022, disiarkan setiap Isnin dan Selasa. Pastikan bagi yang belum melanggan Viu Malaysia memuatnaik aplikasi Viu Malaysia bagi menikmati akses penuh untuk menonton siri yang cukup menarik ini.

 

Barisan pelakon-pelakon utama:

  • Kim Min-jae sebagai Yoo Se-poong/Yoo Se-yeop, seorang doktor genius
  • Kim Hyang-gi sebagai Seo Eun-woo, seorang balu dan juga pakar dalam perubatan
  • Kim Sang-kyung sebagai Gye Ji-han, Ketua Klinik Gyesu dan juga guru kepada Yoo Se-poong
  • Ahn Chang-hwan sebagai Man-bok, hamba setia Yoo Se-poong
  • Jeon Guk-hyang sebagai Nenek, seorang wanita tua gila yang salah faham Yoo Se-poong sebagai anaknya
  • Yeon-Bora sebagai Nam-hae merupakan penjaga rumah Klinik Gyesu
  • Kim Su-an sebagai Ip-bun merupakan anak perempuan Gye Ji-han
  • Han Chang-min sebagai Jang-Goon, kanak-kanak yang menjaga gudang ubat milik Klinik Gyesu

 

 

SINOPSIS

Yoo Se-poong dilahirkan dalam keluarga bangsawan, dia merupakan ketua ahli akupunktur yang genius bertugas di istana diraja. Namun Se-poong terpaksa di halau kerana dituduh membunuh Raja selepas Raja menerima rawatan akupunktur yang dilakukannya. Sejak kejadian hitam itu, dia menjadi trauma, sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami mimpi buruk. Dia malah tidak boleh lagi mengamalkan akupunktur.

 

Hampir setahun Se-poong hidup tanpa arah dan hidupnya mula berubah setelah dia tiba di Kampung Gyesu dan bertemu dengan seorang balu muda yang bernama Seo Eun-woo yang mempunyai nasib yang agak malang setelah kematian suaminya pada hari perkahwinannya. Kerana dia dianggap membawa nasib malang, keluarga mertuanya selalu membulinya dan menyebabkan Seo Eun-woo cuba membunuh diri beberapa kali.

 

 

Di kampung Gyesu, Se-poong juga bertemu dengan pemilik Klinik Gyesu iaitu Gye Ji-han. Gye Ji-han adalah seorang doktor yang agak tamak namun dia juga seorang doktor yang mesra dan suka membantu mereka yang susah. Se-poong telah menjadikan Gye Ji-han sebagai gurunya.

 

Bersama-sama si Trio ini akan berganding bahu membantu mengubati dan menyembuhkan penduduk kampung yang sakit dan memerlukan dan lama-kelamaan Se-poong dan gurunya mula jatuh cinta dengan Eun-woo. Maka bermulalah segala drama serta babak-babak kelakar, sedih, penuh emosi, marah dan benci.

 

By |2022-08-05T20:35:50+07:00August 5th, 2022|Drama, Drama Korea|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment